Lain dari yang lain resepi dari sahabat Szen ini, Lizarose Abdullah. Bila dicuba dan dihidangkan kepada keluarga, abis licin hidangnya. Resepi ini sedap dan menyelerakan.
Bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi putih malah boleh juga dimakan dengan roti. Resepi yang serbaguna. Jom cuba resepi yang enak ini ~ Sharizen Kitchen.
LAUK TELUR KENTANG KACANG
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Lizarose Abdullah)
Bahan-bahan
6 biji telor ayam
1 tin baked beans
2 biji kentang - dipotong 4
1 pelepah daun kari
3 cawan air - atau ikut
kesesuaian
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
2 sudu minyak
Bahan Untuk Dihiris
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Cara Membuatnya
1. Rebus telur ayam sehingga masak keras. Angkat dan rendam
dengan air supaya mudah untuk dikupas kulitnya. Goreng telur hingga kekuningan
diatas api sederhana supaya telur tidak meletop dengan kuat. Ketepikan.
2. Sementara itu, panaskan minyak dan tumus bahan hirisan
bersama daun kari. Kacau rata. Setelah bau naik, masukkan air. Kacau rata dan
biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau
rata.
4. Akhir sekali masukkan baked beans. Kacau rata dan biarkan
sebentar.
5. Apabila kepekatan kuah sudah cukup mengikut citarasa
masing-masing, angkat dan sedia untuk dihidang.
Nota: Telur rebus boleh diganti dengan ikan goreng.
Selamat Mencuba.
Sedap ni. Salam kenal, jom ler singgah blog saya http://cararesepi.blogspot.my/
ReplyDeleteterima kasih resepnya kakak, melihat saja sudah mengundang selera banget, izin berbagi ya kak, ikuti blog Slot Online saya ya..
ReplyDelete