Nampak siput sedut pasti teringat masak lemak siput sedut. Kali ini Szen beri resepi baru untuk siput sedut. Resepi dari Chef Mama aka Rasmishah Senin.
Sahabat Szen ini berkongsi resepi Siput Sedut Goreng Tomyam aka Sos Tiram. Cipta kelainan dari biasa. Jom cuba resepi yang sedap dan enak ini. Pasti menjadi kegemaran keluarga selepas ini. ~ Sharizen Kitchen.
SIPUT SEDUT GORENG TOMYAM AKA SOS TIRAM
=================================
1 kilo siput sedut
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang butih - dihiris
2 sudu besar cili giling
1 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu besar minyak
Cara membuat:-
1. Siput sedut dicuci hingga bersih dan dipotong bahagian hujung
cengkerang siput.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar
bersama serai. Kacau sebentar.
3. Masukkan cili giling dan kacau selalu supaya tidak hangus.
Biarkan hingga garing.
4. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau
sebentar.
5. Masukkan siput sedut, kacau sebati dan biarkan sehingga cukup
masak.
6. Tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rata. Sedia
untuk dihidang.
Enak dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih.
Selamat mencuba.
wow..mcm sedap..nak try la...sbb selalu lau siput je masak lemak..bosan..nk try yg bru...tq share
ReplyDelete