Cantik dan sedap itu yang boleh Szen katakan. Resepi dari YM Raja Rozela aka Chef Manisan ini memang menawan hati dan seperti biasa sahabat Szen, Rozie ini amat kreatif dan teliti didalam pembikinan kuih muih @ pencuci mulut.
Boleh dihidangkan kepada tetamu dan keluarga, pasti teruja mereka untuk merasanya. Jom cuba Polkadot Ketayap ~ Sharizen Kitchen.
POLKADOT KETAYAP
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)
BAHANNYA:-
Bahan-bahan
Untuk Inti
1/2 biji
kelapa parut - putih sahaja
1/2 cawan
air
3/4 cawan
gula - boleh kurangkan
jika tidak
suka manis
1/2 sudu teh
garam
2 helai daun
pandan - disimpulkan
2 sudu besar
tepung gandum
Pewarna
kegemaran
Bahan-bahan Untuk Ketayap:-
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (tambah sedikit air
sekiranya doh kelihatan pekat)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau dan pink
atau mengikut kegemaran
Cara
membuat Inti :-
1. Didihkan
air dalam kuali. Masukkan gula, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2. Titiskan
pewarna kegemaran dan gaul rata. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala
hingga airnya kering.
3. Apabila
inti dalam keadaan lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata.
(Info: Fungsi
tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
4. Tutup
api, angkat dan sejukkan inti.
Cara
membuat Ketayap:-
1. Kisar
semua bahan hingga sebati.
2. Ambil 3/4
bahagian doh warnakan hijau dan 1/4 bahagian lagi diwarnakan pink.
3. Panaskan
kuali nipis dan sapukan dengan minyak. Titiskan warna pink diatas kuali. Bila
agak kering, tuangkan 1 sudu besar dan dadarkan. Biarkan sebentar.
4. Apabila
doh sudah kering, angkat dan ulangi hingga selesai doh.
5. Ambil
sekeping, isikan inti dan gulung. Ulangi hingga selesai.
6. Susun
dengan teratur didalam pinggan dan ketayap akan kelihatan sungguh cantik dan
menawan.
Selamat
Mencuba.
No comments:
Post a Comment