Hidangan kali ini bukan sahaja sedap tetapi berkhasiat. Biasa bila dengar perkataan sambal belacan pasti teringat cili padi/ cili merah bersalut belacan.
Tapi kali ini resepi dari sahabat Szen Sazlina Maan agak berbeza, sambal belacannya bersalut dengan daun & isi cekor. Sesuai dimakan bersama tomyam dan lauk pauk yang lain. Jom cuba sekali sekala tukar selera. ~ Sharizen Kitchen.
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Sazlina Maan)
BAHANNYA:-
15 biji Cili Api
1 inci Belacan
Segenggam Ikan Bilis
4 ketul Isi Cekur
5 helai Daun Cekur
Garam & Gula secukup rasa
CARANYA:-
1. Goreng cili api hingga layu sedikit.
2. Belacan dibakar atau digoreng.
3. Ikan bilis digoreng rangup.
4. Tumbuk kesemuanya cili api, belacan, isi dan daun cekur, ikan bilis hingga lumat.
5. Bubuh sedikit garam. Siap untuk dimakan.
Info : Sambal belacan cekur ini kering dan sedap dimakan dengan lauk tomyam.
No comments:
Post a Comment