Terdapat pelbagai
resipi dan cara membuat Asam Pedas mengikut negeri masing-masing. Memandangkan
Szen orang Melaka/Selangor kebanyakan cara memasak Asam Pedas Wangi akan
mengikuti cara memasak orang Melaka.
Namun resipi Asam Pedas Wangi ini adalah
salah satu resipi Asam Pedas yang disimpan rapi oleh Szen. Jom cuba resipi ini.
Asam Pedas Wangi ini sungguh sedap dan kuah wangi semerbak. Jom cuba &
kongsi resipi ini. ~ Sharizen Kitchen.
ASAM PEDAS WANGI
===============
(Oleh : Sharizen Kitchen )
BAHAN-BAHAN A
- 3-4 Keping ikan Senangin @ ikan
pilihan sendiri
- 1 sudu kecil asam jawa pes
- 1 keping asam keping
- 1 biji kecil tomato ( dipotong
4)
- garam gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- 2-3 cawan air atau mengikut
kepekatan yang disukai
BAHAN-BAHAN B
- 7 sudu besar cili kering kisar
- 8 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 4 helai daun limau purut
- 1 tangkai daun ketumbar
- 1 batang bunga kantan
- 1 sudu kunyit serbuk
CARA-CARA MEMBUATNYA :-
1) Kisar bahan-bahan B.Panaskan
minyak di kuali. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan B bersama gula pasir.
2) Bila campuran cili dah garing,
masukkan asam pes,asam keping dan air. Biarkan kuah mendidih. Bila dah mendidih
masukkan kepingan ikan dan garam secukup rasa. Perlahankan api.
3) Bila ikan dah masak bolehlah
di hidangkan dengan nasi panas, ulam-ulaman berserta sambal belacan. Yummy.
No comments:
Post a Comment