Walaupun cuaca panas
sejuk, aiskrim tetap pilihan hati kanak-kanak kecil & dewasa matang
termasuklah Szen. Namun faktor kemanisan dan belanja tetap diambilkira. Mana
taknya setiap ahli keluarga mempunyai citarasa sendiri.
Kempislah poket kalau
setiap kali beli berbagai perisa. Jadi Szen cadangkan cuba Resepi Aiskrim
Buatan Sendiri ini. Sungguh Lazat dan teramatlah mudah.Boleh adjust kemanisan dan
perisanya. Pasti ahli keluarga teruja. Jom buat & KONGSI resepi ini
~Sharizen Kitchen.
RESIPI AISKRIM BUAT SENDIRI
======================
BAHANNYA :-
AISKRIM PERISA OREO
1 tin Susu Cair
1/2 tin Susu Pekat - boleh
dikurangkan ikut kadar kemanisan yang disukai.
1 sudu kecil esen vanilla
1 peket @ 14 keping Biskut Oreo
1 sudu besar Ovalett - pastikan
halal
1 biji Telur - pilihan
CARANYA:-
1. Biskut Oreo dibahagi dua.
Separuh disederhana hancurkan dan separuh dikisar.(Nota: Kalau nak kisar semua
biskut pun boleh. Ikut citarasa sendiri)
2. UNTUK ADUNAN AISKRIM, masukkan
Susu Cair, Susu Pekat, Esen Vanilla, Telur dan Ovalett dan separuh Oreo ke
dalam mixer dan putar adunan dalam 15minit. Kalau takde mixer boleh gunakan
blender tapi pastikan bebas kepedasan cili.
3. Bila nampak kembang dan
berkrim masukkan separuh biskut oreo yang dah dihancurkan tadi ke dalam adunan.
Kacau rata.
4. Masukkan adunan ais krim ke
dalam bekas dan simpan dalam peti ais sejukbeku. Tunggu bekukan semalaman atau
8 jam dan sedia untuk di makan.
UNTUK AISKRIM BERPERISA JAGUNG @
SEBAGAINYA:- Hanya tukar Biskut Oreo ke 1 tin Jagung Berkrim. Kemanisan aiskim
Jagung harus dirasa sebab Jagung Berkrim dalam Tin tiada gula. Selamat Mencuba~
Sharizen's Kitchen.
No comments:
Post a Comment