Wednesday, 5 August 2015

AYAM BERLADA KACANG PANJANG


Szen suka resipi ini sebab ada 2 dlm 1. Tak payah masak banyak-banyak lauk. Lagi satu sesuai untuk yang tengah diet protein itu. Bukan semua yang tahu buat resipi yang mudah & sedap ini.

Resepi ini adalah kiriman Sahabat Szen,Puan Zuraidah Zulkifli yang sentiasa menjaga khasiat pemakanan sehari. Terima kasih sahabatku Zuraidah atas kesudian berkongsi. Jom cuba & 'KONGSI' resepi ini. ~ Sharizen Kitchen.


RESIPI AYAM BERLADA KACANG PANJANG
============================
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-
Satu ikat Kacang Panjang- dihiris.
2 sudu makan Pes cili sambal belacan Adabi
1/4 ekor ayam- di potong dadu
4 biji cili api merah -dihiris
4 biji cili merah -dihiris
2 labu bawang besar -dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris

CARANYA:-
1. Garam kunyit ayam dadu tadi dan goreng. Bila ayam dah 3/4 masak ketepikan.

2. Baki minyak ayam tadi sekiranya banyak dikurangkan untuk kesuaian menumis. Masukkan pes cili sambal belacan adabi, hirisan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili api.

3. Goreng hingga naik bau dan masukkan
ayam serta kacang.

5. Tambah garam dan aji no moto jika suka.

6. Gaul rata hingga kacang masak. Siap untuk dimakan begitu saja bagi yg ingin berdiet. Bagi yg tidak berdiet bolehlah makan dengan nasi panas. ~ Selamat mencuba ~ Sharizen Kitchen .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...