Friday, 7 August 2015

BEBOLA KELEDEK GORENG

Resepi kali ini amat sedap dan ringkas dibuat. Tak banyak kerenah. Sesuai dibuat sebagai sarapan pagi dan hidangan tetamu. Pasti jadi rebutan.


Resepi ini air tangan sahabat Szen, YM Puan Rozela Raja Mohd Rasdi yang sentiasa ikhlas berkongsi. Terima kasih sahabatku Rozela. Jom cuba & 'KONGSI' resepi ini. ~ Sharizen Kitchen.



RESIPI BEBOLA LOLIPOP KELEDEK
========================
(Oleh : Sharizen Kitchen )

BAHANNYA:-

1 cawan ubi keledek (yang telah direbus dan dilenyekkan)
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula pasir
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARANYA:-
1.Gaul keledek yg sudah dilenyek dgn gula dan garam.

2.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pastikan doh boleh diuli dan sehingga tidak melekat ditangan.

3. Bentukkan doh bulat2 sebesar guli dan goreng hingga kuning keemasan.

Selamat Mencuba~ Sharizen Kitchen.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...