Friday 4 December 2015

POLKADOT KETAYAP



Cantik dan sedap itu yang boleh Szen katakan. Resepi dari YM Raja Rozela aka Chef Manisan ini memang menawan hati dan seperti biasa sahabat Szen, Rozie ini amat kreatif dan teliti didalam pembikinan kuih muih @ pencuci mulut.


Boleh dihidangkan kepada tetamu dan keluarga, pasti teruja mereka untuk merasanya. Jom cuba Polkadot Ketayap ~ Sharizen Kitchen.


POLKADOT KETAYAP 
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA:-

Bahan-bahan Untuk Inti
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja
1/2 cawan air
3/4 cawan gula - boleh kurangkan
jika tidak suka manis

1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
2 sudu besar tepung gandum
Pewarna kegemaran

Bahan-bahan Untuk Ketayap:-

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air (tambah sedikit air
sekiranya doh kelihatan pekat)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau dan pink
atau mengikut kegemaran

CARANYA:-

Cara membuat Inti :-

1. Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.

2. Titiskan pewarna kegemaran dan gaul rata. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.

3. Apabila inti dalam keadaan lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata.
(Info: Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).

4. Tutup api, angkat dan sejukkan inti.



Cara membuat Ketayap:-

1. Kisar semua bahan hingga sebati.

2. Ambil 3/4 bahagian doh warnakan hijau dan 1/4 bahagian lagi diwarnakan pink.

3. Panaskan kuali nipis dan sapukan dengan minyak. Titiskan warna pink diatas kuali. Bila agak kering, tuangkan 1 sudu besar dan dadarkan. Biarkan sebentar.

4. Apabila doh sudah kering, angkat dan ulangi hingga selesai doh.

5. Ambil sekeping, isikan inti dan gulung. Ulangi hingga selesai.

6. Susun dengan teratur didalam pinggan dan ketayap akan kelihatan sungguh cantik dan menawan.


Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...