Tuesday 1 December 2015

PUTERI AYU KEJU


Puteri Ayu Keju ini seakan-akan Kuih Seayu Keirah tapi agak berbeza kerana telah diubah dan diletakkan keju dan tiada kelapa. Jom cuba resepi daripada sahabat Szen, Puan Lizarose yang sedap dan lemak ini.
Jangan risau rasa kuih ini tidaklah muak tapi sedap. Terima kasih sahabatku, Liza atas kesudian berkongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


PUTERI AYU KEJU
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Lizarose Abdullah)

BAHANNYA :

Bahan Untuk Puteri Ayu

2  biji Telur
1  cawan Gula kastor
2  cawan Tepung gandum
1  cawan   Santan /Susu cair  
1  sk Ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa 


Bahan Cream Cheese :

250gm Cream cheese
80gm  Gula kastor
25ml  Air
20gm  Tepung gandum
1  biji Telur


CARA-CARANYA :

PENYEDIAAN KEJU

Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap & ketepikan sebentar.


PENYEDIAAN PUTERI AYU

1.   Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan ovalet dan pukul lagi.

2.   Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati.  Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.

3.   Isikan cream cheese ke dalam acuan, kukus selama 2 minit, kemudian letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 15 minit  dengan api sederhana.

Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...