Thursday 10 December 2015

SIPUT SEDUT GORENG TOMYAM AKA SOS TIRAM


Nampak siput sedut pasti teringat masak lemak siput sedut. Kali ini Szen beri resepi baru untuk siput sedut. Resepi dari Chef Mama aka Rasmishah Senin.


Sahabat Szen ini berkongsi resepi Siput Sedut Goreng Tomyam aka Sos Tiram. Cipta kelainan dari biasa. Jom cuba resepi yang sedap dan enak ini. Pasti  menjadi kegemaran keluarga selepas ini. ~ Sharizen Kitchen.



SIPUT SEDUT GORENG TOMYAM AKA SOS TIRAM 
=================================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Rasmishah Senin aka Chef Mama)

BAHANNYA :-

1 kilo siput sedut
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang butih - dihiris
2 sudu besar cili giling
1 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut

Sos tiram secukup rasa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu besar minyak

Cara membuat:-

1. Siput sedut dicuci hingga bersih dan dipotong bahagian hujung cengkerang siput.

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama serai. Kacau sebentar.

3. Masukkan cili giling dan kacau selalu supaya tidak hangus. Biarkan hingga garing.

4. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar.

5. Masukkan siput sedut, kacau sebati dan biarkan sehingga cukup masak.

6. Tutup api dan masukkan daun limau purut dan kacau rata. Sedia untuk dihidang.

Enak dimakan begitu sahaja atau dengan nasi putih.


Selamat mencuba.


1 comment:

  1. wow..mcm sedap..nak try la...sbb selalu lau siput je masak lemak..bosan..nk try yg bru...tq share

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...