Wednesday 2 December 2015

APAM PISANG KUKUS TANPA TELUR




Apam Pisang Kukus Tanpa Telur ini patut dicuba. Apam ini amatlah sedap. Rasa apam ini bukanlah seperti rasa kek atau apam pisang yang menggunakan telur.
Rasanya lebih padat dan sedap. Mudah aje buatannya dan cepat pula masa mengukusnya. Sesuai untuk yang ber vegetarian dan alah telur ~ Sharizen Kitchen.




APAM PISANG KUKUS TANPA TELUR
(Oleh : Sharizen Kitchen) 


BAHANNYA:
1 cawan pisang lemak manis lecek halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam


CARANYA:

1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.

2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.

3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.

4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan.  gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.

6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...