Friday 2 October 2015

PUDING SEDUT


Puding Sedut rasanya sedap seakan 'Milkshake' tapi rasanya   lebih lembut. Tidak terlampu banyak rasa susunya. Mudah pula buatannya. Szen ada kongsi dua resepi. Pasti menjadi kesukaan anak-anak termasuk suami. 


Satu resepi Szen dapat dari blog Azlita Masam Manis dan  resepi kedua Szen pula lebih mudah dan ringkas. Sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja. Tiada payah membeli pelbagai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat puding sedut. Hanya dengan sepeket dadih instant sahaja sudah memadai. Jimat dan mudah sahaja. Namun kepada yang rajin tidak salah mencuba Puan Azlita itu, mengasah bakat membuat puding. Jom cuba & SHARE resipi ini ~ Sharizen Kitchen.




PUDING SEDUT RESEPI (1)
( Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Azlita Masam Manis)

BAHANNYA :-

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla

Esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa.
Pewarna makanan

CARANYA :-

1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata.

2. Masak atas dapur hingga mendidih. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa. Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

3. Sediakan botol kaca secukupnya. Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'.

4. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan.

5. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna.

6. Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.


PUDING SEDUT RESEPI (2) - Lebih Mudah
(Oleh : Sharizen Kitchen )

BAHANNYA :-

1 peket Tepung Dadih Instant (perisa Vanilla/perisa yang disukai)
Botol secukupnya
Straw

Esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa.
Pewarna makanan - sekiranya perlu

NOTA : 1. Sekiranya guna perisa vanilla mudah untuk mempelbagaikan perisa yang disukai & boleh titiskan beberapa pewarna makanan. 2. Dan sekiranya suka satu perisa sahaja, boleh titiskan pewarna yang disukai.  


CARANYA :-

1. Ikut seperti arahan dipeket tersebut. 

2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa. Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry.

3. Sediakan botol kaca secukupnya. Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'.

4. Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan.

5. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna.


4. Hidangkan dingin dengan straw. Selamat mencuba.  






3 comments:

  1. Kak,nk tnya.. Yg instant tu letak susu cair kan.. Lepas tu sy nk mintak tips dr akak psl puding ni. Saya buat puding sedut yg 3 color ni. Mula2 buat cantik layer nya. Tetapi lepas lama skit lam peti,color dia jd bcampur. Buruk jadinya. Camana ye nk buat xnk bg bcampur? Mohon tips dr akak kalau ade. Tq kak..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sukatan air utk resepi kedua camne

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...