Friday 31 July 2015

BUBUR ASYURA


Setiap negeri berlainan cara dan panggilan. Resipi kali ini pemberian sahabat Szen, Puan Noor Aliza patut dicuba bagi mereka yang masih tidak tahu cara membuatnya.

Thursday 30 July 2015

KERABU ULAM PEGAGA


Sepanjang Perayaan ini, asyik makan daging atau ayam. Kadangkala terbabas kadar kolestrol. Jadi Szen cadangkan hari ini kita cuba resepi ini.

Wednesday 29 July 2015

TERUNG SAMBAL BELACAN


Menu mudah & ringkas. Sesuai untuk yang malas & kejar masa. Amat sedap pasti hendak lagi.

Tuesday 28 July 2015

APAM GULA HANGUS @ SARANG SEMUT


Siapa yang tak suka kueh Apam? Sekarang ini macam-macam resipi Apam yang telah diposkan oleh Szen diblog ini. Terkini resipi Apam Gula Hangus @ Apam Sarang Semut elok dicuba.

Monday 27 July 2015

QUICHE AYAM CENDAWAN


Resipi barat menjadi pilihan Szen kali ini. Resipi Quiche Ayam Cendawan. Quiche ni seakan-akan pie tapi bukan pie. Ia lebih menggunakan susu dan telur serta tidak pedas. Bahan-bahannya pun ikut citarasa kita.

Sunday 26 July 2015

LEMPENG SAGO ROSE

Siapa pernah makan Lempeng Sago Rose. Sedap teramat bila dicicah dengan kuah kari @ sambal dan minum secawan kopi. Perghhh sedap teramat. Hujan-hujan ni mesti perut anak dan suami terasa lapar.

Saturday 25 July 2015

BROWNIES MERAH SUTERA

Hari ini Szen kongsi resepi brownies versi merah sutera. Biasa kalau ingat brownies mesti ingat warna coklat gelap dan perasa coklat yang teramat manis. Resepi Brownies Merah Sutera ini tidaklah terlalu manis dan terasa coklatnya menepati citarasa Szen yang tidak begitu menggemari sesuatu yang terlalu manis.

Friday 24 July 2015

TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI SORAYA


Kecur mulut admin bila tengok gambar Tempoyak Ikan Bilis Petai Soraya. Makan dengan nasi panas pun sudah memadai. Sedap teramat. Mak mertua lalu pun tak perasan. Hehehe..

Thursday 23 July 2015

MASAK LEMAK BEREMPAH UDANG KELO POWER

Sayur Kelo ini terkenal dikalangan bangsa India. Namun kini sayur kelo tidak lagi asing dikalangan orang Melayu. Szen sekeluarga memang menyukai sayur kelo. Kepada yang belum pernah mencuba, mungkin anda patut mencubanya. Pasti terpikat.

Wednesday 22 July 2015

KANDI KELAPA WANGI

Tiba-tiba mak tersayang Szen cakap teringin nak makan kandi kelapa. Suruh Szen buat. Buat Bonda tersayang apa-apa sahaja dituruti. Kandi Kelapa Wangi ini agak famous zaman dulu- dulu.

Tuesday 21 July 2015

IKAN MASIN MADU

Ikan masin sentiasa menjadi penaik selera Szen. Resepi kali ini daripada sahabat Szen, Puan Suraya Salim yang cukup sedap dan mudah untuk dicuba.

Monday 20 July 2015

JELLY PELLY FRUIT KOTAIL


Jelly Pelly Fruit Koktail ini teramatlah mudah dibuat dan teramat sedap bila dimakan. Sesuai dibuat untuk hidangan pencuci mulut buat tetamu. Kepada wanita bekerjaya cuba resipi ini.

Sunday 19 July 2015

KUAH SAYUR MANIS


Sedap, Wangi & Cukup Menyelerakan. Itu yang Szen boleh katakan resepi kiriman sahabat Szen Puan Lizarose Abdullah. Dikala merasa kuah sayur manis ini, Szen terus jatuh hati pada kuah ini.

Saturday 18 July 2015

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut, Siapa yang tak suka. Lagi- lagi resipi yang tidak perlukan sebaran penggunaan bawang.

Friday 17 July 2015

SELAMAT HARI RAYA 2015/ 1 SYAWAL 1436H


Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Semoga ibadah puasa dan amalan sepanjang kehidupan diterima oleh Allah swt. Aamiin.

Berhati-hati dijalanraya, semoga selamat sampai kedestinasi dengan selamat. Aamiin. Cuba-cubalah resipi di blog Sharizen Kitchen. In shaa Allah mampu menceriakan orang disekeliling anda.

Thursday 16 July 2015

RENDANG AYAM HIJAU BONDA

Rendang Ayam Hijau Bonda menjadi kemestian dan kegemaran keluarga Szen. Sungguh sedap & mudah.

Wednesday 15 July 2015

MUFIN JAGUNG KUKUS

Sedap banget, lembut & berjagung. Itu yang boleh dikatakan mengenai Resepi Muffin Jagung Kukus. Memikat selera admin dan rakan-rakan.

RENDANG DAGING NEGERI


Siapa suka rendang tapi malas nak buat sebab remeh. Cuba Resipi Rendang Daging Negeri ini memang sedap dan enak. Tidak guna bawang langsung dan yang penting mudah aje.

IKAN JELITA BUTTER MILK

Siapa pernah makan Ikan Jelita Butter Milk? Kalau tak pernah cuba resipi pemberian sahabat Szen Puan Suriya Ismail. Teramat sedap, rangup dan tidak muak.

Tuesday 14 July 2015

APAM PISANG GEBU

Apam Pisang Kukus rasanya sungguh sedap, gebu & moist. Lagi satu mudah & ringkas buatannya. Apam Pisang ini tidak dibakar tapi dikukus.

LAKSA LEMAK KEDAH

Peminat Laksa kini tiada alasan malas memasak Laksa. Sekarang ini Szen bagi resepi Laksa yang amat mudah ,tak perlu banyak bahan, tak banyak karenah TAPI sedap teramat.

PUFF KEJU HOT DOG

Cuba resipi ini mudah dan ringkas sahaja. Sesuai dimakan bila-bila masa. Rasanya amat sedap seakan ' Chick O Cheese' Di Starbucks.

Monday 13 July 2015

PAPRIK SEAFOOD SPECIAL




Nak masak apa ya hari ni? Tak payah penat-penat, masak aje Paprik Seafood Special, dua dalam satu masakan. Mudah dan Sedap.

KEK BUAH CHIFFON SURIYA

Bila teringat kek buah pasti teringat kek buah kukus @ bakar yang padat dan basah. Sekali-kala tukar selera dengan Kek Buah Chiffon Suriya ini kiriman sahabat Szen Puan Suriya Ismail.

DAGING PALEMBANG UNIK


Inginkan kelainan menu selain rendang, ketupat dan sebagainya. Boleh cuba resipi ini. Satu kelainan bila dihidangkan untuk tetamu. Resipi kali ini tidak perlu pergi kenegara seberang untuk mendapatkannya. Boleh dibuat sendiri.

Sunday 12 July 2015

PUDDING COKLAT YUMMY


Puding yang lemak bercoklat manis ini amatlah sedap bila dimakan. Ditambahkan dengan hiasan oreo pasti menjadi kegemaran dan buruan kanak-kanak maupun dewasa.

NASI TOMATO & AYAM TOMATO

Sekali sekala tak salah pekena Nasi Tomato dan Lauk Ayam Tomato yg cukup sedap ini. Pasti menjilat jari. Jangan risau, mudah aje buatannya. Nasinya boleh dimasak dirice cooker. Mudah sesangat. 

OLLY APPLE-LICIOUS CAKE

Resipi kali ini Olly Apple- Licious Cake kiriman sahabat Szen, Puan Roslin Mohd Ali.  Apa yang admin boleh kek yang berinti apple ini, teramatlah sedap, lembut serta gebu.

Saturday 11 July 2015

SOTO PENGEDIL DAGING


Setiap hari makan nasi sungguh membosan. Sekali sekala tidak salah tukar selera dengan menjamu Soto berserta Pegedil Daging. Menu yang sungguh lazat dan meringankan perut. Kali ini Szen berkongsi resipi dari air tangan Sahabat  Szen, Puan Poziah Zainal.

KEK PELANGI MADIHAH


Kek Pelangi Madihah dibuat dan dihiasi cantik oleh anak Sahabat Szen, Puan Zalina Yusof. Walaupun Madihah ini sibuk dengan pengajian diperingkat Universiti di Australia. Namun masih boleh menghasilkan kek yang cantik dan sedap ini.

Friday 10 July 2015

NASI HUJAN PANAS DAGING SAMBAL HITAM


Cuaca asyik hujan panas aje. Jadi Szen pun masaklah Nasi Hujan Panas Daging Sambal Hitam kepada tetamu yang datang bertemakan cuaca sekarang ni. Pujian demi pujian diterima.

MURTABAK LAPIS CAPATI RENDANG


Fenomena yang bakal berlaku dihari raya. Terdapat banyak saki baki makanan yang masih tertinggal. Terutamanya rendang. Jadi daripada biarkan ia menjadi basi, seloknya saki baki @ leftovers rendang jangan dibuang atau dibazirkan.

PUDING MILO SEMERBAK ROZIE


Resepi kali ini dari sahabat Szen, YM Raja Rozela Mohd Rasdi yang sentiasa hebat membuat pencuci mulut samada yang pakai telur maupun tanpa telur. Kesedapan Puding Milo Sermerbak Rozie ni tidak boleh dipertikaikan.

SPAGETTI MARINARA SEAFOOD


Malas nak makan nasi dan makanan daging. Cuba masak Seafood Marinara Spaghetti sedap teramat. Lag-lagi sosnya dibuat sendiri. Bukan sos instant yang beli dipasaraya.

KEREPEK PISANG SEDAP


Resipi kali ini sungguh istimewa. Walaupun nampak mudah tapi bukan semua yang tahu cara dan teknik membuat kerepek pisang nipis dan berlemak. Mula-mula sahabat Szen, Puan Lizarose Abdullah penyumbang resipi ini agak malu untuk memberi resipi ini.

MURUKU SEDAP RANGUP

Muruku Oh Muruku.. sedap rangup teramat. Sebenarnya Szen bersama sahabat-sahabat baik sudah mencuba pelbagai resepi Muruku didalam blog. Semata-mata untuk berkongsi resepi yang terbaik untuk semua. Kami ada lagi beberapa resepi Muruku yang akan dicuba buat. Jenuh jugaklah mencuba pelbagai resepi Muruku. Akhirnya tak sedap atau tidak menjadi langsung.

KUKIS COKELAT CHIPS RANGUP


Patut cuba kukis ini. Kukis ini amat sedap & rangup. Pasti dapat pujian. Istimewanya doh ini boleh disejukbekukan atau disimpan didalam peti sejuk. Kepada yang malas hendak mengabiskan doh kukis ini. Simpan sahaja dohnya dipeti ais. Bila mood rajin atau ada kelapangan masa bakarlah kukis ini.

JELLI MELLI KOKTAIL







Tidak tahu samada kita notis atau tidak, cuaca semakin redup dan sejuk sebaik masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan. Hujan lebat pepagi subuh. Alhamdulillah. Walaupun cuaca masih panas tapi masih ‘bearable’ berbanding awal Ramadhan.  



Pagi ini langit kelihatan mendung aje.  Semalam hari Khamis malam ke-23 Ramadhan. Adakah malam semalam malam lailaturqadar?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...