Friday 10 July 2015

MURUKU SEDAP RANGUP

Muruku Oh Muruku.. sedap rangup teramat. Sebenarnya Szen bersama sahabat-sahabat baik sudah mencuba pelbagai resepi Muruku didalam blog. Semata-mata untuk berkongsi resepi yang terbaik untuk semua. Kami ada lagi beberapa resepi Muruku yang akan dicuba buat. Jenuh jugaklah mencuba pelbagai resepi Muruku. Akhirnya tak sedap atau tidak menjadi langsung.


Akhirnya setelah dicuba pelbagai resepi, Szen & Sahabat-sahabat baik Kak Szen telah mengiktirafkan resepi olahan sahabat Szen, Puan Suraya Salim yang terbaik, sedap & rangup. Resepi ini telah dicuba buat oleh Szen berulangkali. Sedap sesangat. Terima kasih Puan Suraya akan perkongsian ini.


MURUKU SEDAP RANGUP
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHANNYA :
1 peket Tepung Instant Muruku Alaggapas@ jenama lain pun boleh.

2 sudu besar Tepung Beras
2 sudu besar Mentega - dicair & disejukkan
1/2 cawan Santan- dimasak sebentar & sejukkan

1 sudu besar Jemuju
2 sudu besar Bijan- disangai sekejap.
*Garam secukup rasa (Nota: *Selalunya tepung instant sudah bergaram)
Minyak - untuk menggoreng.
Peralatan Untuk Menerap Muruku
Kertas dipotong 4 segi kecil

CARANYA :

1. Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas tadi dan uli sehingga lembut seperti adunan buat biskut (adunan tidak boleh terlalu lembik ye) . Tambahkan air jika perlu.

2.Kepal-kepalkan dan masukkan kedalam acuan dan bermulalah trillnyer.

3.Tekan acuan dan buat bulatan diatas sekeping kertas kecil empat segi. Supaya senang untuk diangkat dan digoreng kelak.

4. Bila semua tepung sudah ditekan. Panaskan kuali dan tuang minyak. Bila minyak panas masukkan muruku yang telah dibentuk kedalam kuali itu. Dan goreng.


5. Sila jaga api dan tidak boleh ditinggalkan lama ketika mengoreng sebab takut hangus.

6. Bila dah kekuningan atau sudah masak. Angkat dan tapis untuk mengurangkan minyak. Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...