Monday 30 November 2015

KEMBONG PERCIK



Resepi kali ini dari sahabat Szen, Puan Rasmishah aka Chef Mama yang pastinya telah membuat Szen terliur lapar. Biasa kita dengar & makan Ayam Percik.

Thursday 26 November 2015

ROTI CANAI BERINTI


Sarapan Mudah & Sedap.Hanya 2 minit diperlukan. Macam 'Hot & Rolls' ~ Sharizen's Kitchen.

Wednesday 25 November 2015

PUDING ROTI KARAMEL COKLAT CHIPS



Roti yang terbiar @ tidak termakan jangan dibuang. Ruginya. Cuba buat Puding Roti Karamel Coklat Chips yang sedap berlemak manis ini.

Tuesday 24 November 2015

TALAM PANDAN KASUI GULA MELAKA


Sedap, Lemak, Manis itu yang boleh dikatakan. Dua rasa yang berbeza. Gabungan kasui dan talam. Sedap teramat bila memakan kuih ini tidak berhenti memakannya.

Monday 23 November 2015

LEPAT LABU KUNING



Yummy! Yummy! Semestinya Lepat Labu. Sekali makan nak berkali. Resipi ini sumbangan rakan Szen, Puan Suriya Ismail yang menggunakan Tepung Beras untuk menjadikan Lepat lebih lembut & halus.

Friday 20 November 2015

KUIH SERI MUKA PANDAN


Siapa pernah cuba buat Kuih Seri Muka Pandan, tapi tak menjadi? Angkat tangan. Cuba resipi ini, pasti jadi.

Thursday 19 November 2015

CUCUR UDANG TAUGEH



Cucur Udang Taugeh sesuai dimakan setiap masa. Rasailah kesedapan, kerangupan dan keenakan kuih cucur udang ini. Menu kegemaran Szen sekeluarga.

Wednesday 18 November 2015

SAMBAL BELACAN KERABU MANGGA


Sambal Belacan Kerabu Mangga ini memang mudah dan ringkas buatannya. Seakan sama buatannya dengan Sambal Belacan Goreng. Tapi rasanya berlainan teramat.

Tuesday 17 November 2015

KERENGSENGAN JAWA


Kali ini Szen mengetengahkan masakan Jawa. Resipi Kerengsengan Jawa seakan macam daging kicap atau daging sambal hitam tapi percayalah rasanya tidak sama. Petis dan bawang goreng adalah bahan utama untuk masakan ini.

Monday 16 November 2015

KEK KUKUS HUJAN PANAS



Resipi dari Puan YM Raja Rozela Mohd Rasdi kali ini lebih kepada mengikuti tema cuaca yang sedang hujan panas ini. Warnanya yang berwarna warni itu menambahkan kemeriahan kek ini.

Sunday 15 November 2015

SOTONG GORENG TELUR ASIN




Sotong Goreng Telur Masin amatlah sedap dan terkenal. Boleh dimakan bersama Kuah Lemak dan juga Assam Pedas. Pasti terangkat. Sekiranya selalu makan diluar apakata kali ini buat sendiri masakan ini. Resepi ini tidaklah sesusah yang difikirkan.

Saturday 14 November 2015

PISANG GORENG CICAH



Pisang Goreng Cicah Dengan Sambal Pedas... Yummy Dipersilakan ' SHARE' ~ Sharizen's Kassim







Resipi Pisang Goreng Cicah
=======================
(Oleh : Sharizen Kitchen)


1 batang Pisang Tanduk - dipotong ikut suka

Bahan-bahan Tepung @ Bater:-

3 sudu besar Tepung Beras
1 sudu besar Majerin
9 sudu besar Air Kosong
Secubit Garam
Secubit Kunyit Serbuk

Caranya : 

Dikacau rata dan pastikan bater @ tepung tidak cair. Kalau cair masukkan Tepung sikit demi sedikit. Cukup untuk salut pisang. Masukkan pisang dan ratakan. Balik-balikan. Bila kekuningan angkat.


Bahan Sambal :-

1 sudu kecil Pes Cili Padi @ 
1 sudu kecil Pes Bawang Putih
Kicap
Sedikit Air Kosong
Garam Gula ikut suka
ATAU
6 biji Cili Padi ditumbuk dengan 2 biji Bawang Putih sampai lumat. Dan campur kicap

Caranya: 

Kacau rata semua bahan & rasa secukup rasa. Hidangkan bersama Pisang Goreng, Keladi Goreng Dan Sebagainya. SELAMAT MENCUBA.


Friday 13 November 2015

MEE HOON GORENG STYLE INDIA



Resipi ini sumbangan rakan Szen, Puan YM Raja Rozela Rasdi yang mahir masakan India. Mee Hoon Goreng Kuning Ala India.

Thursday 12 November 2015

JEMPUT BILIS AIR PANAS


Jemput cuba resepi Jemput Bilis Air Panas ini. Jemputnya amatlah ringan dan garing tapi lembut didalam. Bila makan jemput ini terasa crunchy atau rangup bawang hirisannya.

Wednesday 11 November 2015

KUIH CAKOI BENGKOK



Kuih Cakoi sememangnya kegemaran ramai. Setiap kali kepasar tani atau pasar malam, pasti Szen tidak lupa membelinya. Samada yang berinti kacang merah atau pun tidak. Namun sekarang harga kuih cakoi semakin mahal dan kadang-kala mutunya tidak memuaskan hati. Liat bila dimakan.

Tuesday 10 November 2015

SAMBAL TOTOK SZEN




Szen sebenarnya tidak pandai makan Sambal Totok Szen. Suami Szen yang mengajar Szen memakannya. Setiap kali bila rebus ubi kayu, pasti diminta oleh suami untuk membuatnya. Menurut suami, bondanya hanya menumbuk ikan bilis mentah kedalam sambal belacan. Memandang Szen tidak boleh makan ikan bilis mentah jadi Szen telah ubahsuai resepi sambal totok Szen ini. Szen telah mengoreng layu bilis itu.

Monday 9 November 2015

DAGING RUSA GORENG KUNYIT




Bagi Szen daging rusa ini lebih manis dan cepat empuk daripada daging lembu. Szen sekeluarga memang suka makan daging rusa dari daging lembu. Kadang-kala daging rusa ini Szen buat rendang daging atau pun buat dendeng. Memang sedap. Tapi kali ini tukar selera. Hasilnya terciptalah daging rusa goreng kunyit. Rasanya sedap teramat dan berkuah sedikit sebab suami suka yang basah-basah sedikit.

Friday 6 November 2015

ONDEH BIJAN KETAWA



Kali ini sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi mencuba pencuci mulut gorengan kaum Cina. Ondeh Bijan Ketawa @ Laughing Balls ini memang sedap. Garing diluar seperti Kuih Redan tetapi didalamnya lembut & tidak berinti.

Thursday 5 November 2015

DAGING MASAK LADA HITAM


Daging Masak Lada Hitam ini sesuai dimakan bersama-sama nasi panas dan atau bersama-sama nasi minyak. Rasanya yang pedas-pedas manis ini amat menyelerakan dan sedap dimakan. Sesuai juga dimakan oleh wanita berpantang yang memerlukan menu yang mampu memanaskan badan.

Wednesday 4 November 2015

KUIH GETAS GULA


Kuih Getas ini rasanya liat-liat, manis dan lemak. Kuih dulu-dulu yang sentiasa dihati sahabat Szen, Puan Poziah Zainal yang juga pengirim resepi ini. Kuih ini sedap bila dimakan panas atau sejuk.

Tuesday 3 November 2015

DAUN KELO GORENG IKAN BILIS & KELAPA



Biasa makan kelo tapi tak pernah tahu bahawa daun kelo pun boleh dimakan. Kali ini Szen menampilkan resepi dari YM Raja Rozela Rasdi, sahabat Szen yang bukan sahaja mahir didalam membuat Pencuci Mulut tetapi juga didalam menu masakan India.

Monday 2 November 2015

PIE AYAM INGGERIS


Pie Ayam Inggeris ni memang sedap & berkrim. Intinya boleh dibuat semalaman & disimpan didalam Petiais. Esok pagi dah boleh bakar. Kalau ada lebihan Inti Pie simpan aje difreezer dalam bekas- bekas kecil berasingan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...