Friday 10 July 2015

KEREPEK PISANG SEDAP


Resipi kali ini sungguh istimewa. Walaupun nampak mudah tapi bukan semua yang tahu cara dan teknik membuat kerepek pisang nipis dan berlemak. Mula-mula sahabat Szen, Puan Lizarose Abdullah penyumbang resipi ini agak malu untuk memberi resipi ini.
Katanya semua orang boleh buat. Ya ke? Szen pun tak tahu macamana nak buat? Bukan semua kerepek pisang dimakan sesedap kerepek pisang buatan Puan Lizarose ini. Kerepeknya tipis, berlemak dan sedap teramat. Makan sebotol pun tak cukup. Terima sahabatku, Lizarose atas perkongsian ini.


KEREPEK PISANG SEDAP
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHANNYA:-
Sesisir atau lebih pisang nangka(klu beli tanya yg blh buat kerepek)
Minyak masak - secukupnya
Garam halus
Alat sagat - gunakan sagat seperti digambar itu

CARANYA:

1.Pisang dikupas kulitnya.

2.Lepas itu dibasuh (takut kalau2 kekotoran melekat sbb dia bergetah sedikit) dan toskan.

3.Sediakan minyak dan panaskan di dalam kuali.

4.Setelah minyak panas sagat pisang terus ke dlm kuali. Pastikan pisang terapung dan perlu minyak yang banyak. Kacau selalu supaya tidak melekat di antara satu sama lain.

3.Masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan di atas kertas tisu dapur.

4.Bila hampir sejuk taburkan sedikit garam dan gaul. Kalau tidak mahu letak garam pun tak apa.

5.Lastly simpan di dalam bekas kedap udara. Apa-apa pun sila rujuk pada gambar yang dipost itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...