Resipi kali ini sungguh
istimewa. Walaupun nampak mudah tapi bukan semua yang tahu cara dan teknik
membuat kerepek pisang nipis dan berlemak. Mula-mula sahabat Szen, Puan Lizarose
Abdullah penyumbang resipi ini agak malu untuk memberi resipi ini.
Katanya
semua orang boleh buat. Ya ke? Szen pun tak tahu macamana nak buat? Bukan
semua kerepek pisang dimakan sesedap kerepek pisang buatan Puan Lizarose ini.
Kerepeknya tipis, berlemak dan sedap teramat. Makan sebotol pun tak cukup.
Terima sahabatku, Lizarose atas perkongsian ini.
KEREPEK PISANG SEDAP
Oleh : Sharizen Kitchen
BAHANNYA:-
Sesisir atau lebih pisang
nangka(klu beli tanya yg blh buat kerepek)
Minyak masak - secukupnya
Garam halus
Alat sagat - gunakan sagat
seperti digambar itu
CARANYA:
1.Pisang dikupas kulitnya.
2.Lepas itu dibasuh (takut kalau2
kekotoran melekat sbb dia bergetah sedikit) dan toskan.
3.Sediakan minyak dan panaskan di
dalam kuali.
4.Setelah minyak panas sagat
pisang terus ke dlm kuali. Pastikan pisang terapung dan perlu minyak yang
banyak. Kacau selalu supaya tidak melekat di antara satu sama lain.
3.Masak hingga kekuningan. Angkat
dan toskan di atas kertas tisu dapur.
4.Bila hampir sejuk taburkan
sedikit garam dan gaul. Kalau tidak mahu letak garam pun tak apa.
5.Lastly simpan di dalam bekas
kedap udara. Apa-apa pun sila rujuk pada gambar yang dipost itu.
No comments:
Post a Comment