Muruku Oh Muruku.. sedap
rangup teramat. Sebenarnya Szen bersama sahabat-sahabat baik sudah mencuba pelbagai resepi
Muruku didalam blog. Semata-mata untuk berkongsi resepi yang terbaik untuk semua. Kami ada
lagi beberapa resepi Muruku yang akan dicuba buat. Jenuh jugaklah mencuba pelbagai resepi Muruku. Akhirnya tak sedap atau tidak menjadi langsung.
Akhirnya setelah dicuba pelbagai resepi, Szen & Sahabat-sahabat baik Kak Szen telah mengiktirafkan resepi olahan
sahabat Szen, Puan Suraya Salim yang terbaik, sedap & rangup. Resepi ini telah dicuba buat oleh Szen berulangkali. Sedap sesangat. Terima kasih Puan Suraya akan perkongsian ini.
MURUKU SEDAP RANGUP
Oleh : Sharizen Kitchen
BAHANNYA :
1 peket Tepung Instant Muruku
Alaggapas@ jenama lain pun boleh.
2 sudu besar Tepung Beras
2 sudu besar Mentega - dicair
& disejukkan
1/2 cawan Santan- dimasak
sebentar & sejukkan
1 sudu besar Jemuju
2 sudu besar Bijan- disangai
sekejap.
*Garam secukup rasa (Nota: *Selalunya tepung
instant sudah bergaram)
Minyak - untuk menggoreng.
Peralatan Untuk Menerap Muruku
Kertas dipotong 4 segi kecil
CARANYA :
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan
diatas tadi dan uli sehingga lembut seperti adunan buat biskut (adunan tidak
boleh terlalu lembik ye) . Tambahkan air jika perlu.
2.Kepal-kepalkan dan masukkan
kedalam acuan dan bermulalah trillnyer.
3.Tekan acuan dan buat bulatan
diatas sekeping kertas kecil empat segi. Supaya senang untuk diangkat dan
digoreng kelak.
4. Bila semua tepung sudah
ditekan. Panaskan kuali dan tuang minyak. Bila minyak panas masukkan muruku
yang telah dibentuk kedalam kuali itu. Dan goreng.
5. Sila jaga api dan tidak boleh
ditinggalkan lama ketika mengoreng sebab takut hangus.
6. Bila dah kekuningan atau sudah masak. Angkat dan tapis untuk mengurangkan minyak. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment