Apam ini tidak
menggunakan eno. Tapi hanya menggunakan Tapai Ubi untuk mengembang dan
mengebukannya.
Rasanya berbeza dengan Apam biasa. Patut cuba. Sungguh enak dan
gebu. Dipersilakan 'SHARE'. Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.
RESIPI APAM TAPAI UBI
=================
( Oleh : Sharizen Kitchen )
(Untuk 50 biji bekas saiz kecil)
1 cawan Tapai Ubi
1/2 cawan Gula Pasir
3 cawan Tepung Beras
2 cawan Air
1 sudu kecil Double Action Baking
Powder
Pewarna merah atau ikut suka
1 biji Kelapa Parut Putih
Garam
CARA-1:-
1. Kisar atau lenyek Tapai Ubi
dengan 1 cawan Air. Tapis sehingga tidak berketul-ketul didalam bekas.
2. Campurkan Tepung Beras, baki
Air ( 1 cawan) dan Gula. Tapis lagi supaya tidak berketul.
3.Biarkan semalaman untuk
mengembang. (Nota: Bater @Tepung akan menjadi pekat
CARA -2:- ESOK HARINYA
1. Panaskan kukusan. Aturkan atau
letakkan bekas kuih didalam kukusan. Ini untuk pastikan bekas itu akan panas
bila dituangkan bater.( Nota: Calitkan bekas dengan sedikit Minyak Masak supaya
Apam tidak melekat bila masak @ senang keluar.)
2.Kacau campuran Tepung dan
ditambah Double Action Baking Powder. Kacau rata.
3. Titiskan warna kedalam
Campuran Tepung. ( Nota: Kalau hendak warna warni, bahagikan tepung kepada
beberapa bahagian kedalam beberapa bekaz. Titiskan Pewarna dan kacau.
4. Campuran Tepung atau Bater
boleh dituang kedalam bekas besar atau kecil yang telah dipanaskan. Ikut
pilihan hati. Tuang 3/4 kedalam bekas dan kukus diapi panas selama 25 minit @
sehingga lidi dicucuk keluar bersih. ( Nota: Jangan dibuka 10 minit pertama
nanti bantat.)
6. Hidangkan Apam Tapai Ubi
dengan Kelapa yang telah dicampurkan Garam
( ikut rasa). Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba. ~ Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment