Roti yang tengah popular sekarang ini. Roti Keju Brazilian kiriman sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi untuk dicuba. Menurut Rozie, resipi ini amat mudah dan ringkas sahaja buatannya. Ia hanya perlu dikisar menggunakan pengkisar @ blender kesemua bahan-bahannya. Amatlah mudah teramat.
Friday, 30 October 2015
Thursday, 29 October 2015
SAMBAL DAGING BUJANG
Sambal Daging Bujang resepi kiriman sahabat Szen, Puan Norsita Abdul Hamid untuk dikongsi disini. Terima kasih sahabatku. Resepi ini sungguh unik kerana ia seakan-akan rasa paprik tetapi bukan paprik.
Wednesday, 28 October 2015
KARI TELUR DUA CARA
Nama resepi kali ini agak istimewa dan unik kiriman sahabat Szen YM Raja Rozela Rasdi. Kari telur dua cara ini patut dicuba dan dihidangkan kepada keluarga tersayang.
Tuesday, 27 October 2015
DONUT JEJARI BADAM
Donut jejari badam resepi hidangan pagi & petang dari YM Puan Raja Rozela Rasdi diblog ini. Rupanya seakan-akan Churros tapi cara buatannya seperti donut. Rasanya juga seperti donut, sedap, lembut dan gebu walaupun dihidangkan sejuk.
Monday, 26 October 2015
SOSEJ BERSOS CILI
Resepi hari ini amat ringkas tapi cukup menyelerakan tekak. Satu lauk sudah mempunyai berbagai rasa dan khasiat. Pembuka selera bila dihidangkan bersama lauk pauk.
ASAM REBUS BETIK MENGKAL
Resepi kali ini sungguh luarbiasa. Kenapa Szen kata luarbiasa, kerana kali ini sahabat Szen, Puan Rasmishah Senin aka Mama Chef menggunakan betik mengkal. Szen yakin tiada lagi resepi seperti ini terdapat di Cik Google.
Saturday, 24 October 2015
PUDDING JAGUNG SEDAP
Teringin nak buat puding tapi tidak tahu. Cuba resepi Puding Jagung Sedap ini. Pasti menjadi. Rasanya sedap & lembut.
Friday, 23 October 2015
KEK PISANG HERSHEY
Simply sedap, gebu
& lembut teramat... Yummy kek yang tidak berapa manis namun sedap bila
ditambah dengan ising. Kemanisan seimbang. Patut cuba ni, sedap teramat.
KEK SUGI ROZIE
Kek Sugi Rozie ini amat sedap, lembut dan gebu. Namun bila dimakan dua hari selepas dibakar ia menjadi semakin sedap. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya. Makin mesra rasanya. Kek ini juga tahan lama. Jadi amat sesuai untuk dibuat hantaran atau jamuan.
Thursday, 22 October 2015
IKAN BILIS TAMBAN GORENG TAUCHU
Resepi kali ini daripada Puan Rasmishah Senin aka Mama Chef yang begitu mudah buatannya. Ia amat sesuai untuk mereka yang tengah berpantang, kurang selera makan dan yang malas hendak makan makanan berkuah.
Wednesday, 21 October 2015
BESENGEK AYAM
Besengek Ayam.. Siapa yang pernah dengar dan rasa resipi ini? Kalau tak pernah rasa dan makan, rugi teramat. Rasanya seakan-akan rendang tetapi bukan rendang.
PAJERI KEDONDONG RR
Pajeri Kedondong RR kiriman sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi mampu menaikkan selera makan bila dimakan bukan sahaja dengan Nasi Minyak atau Nasi Beriani.
Tuesday, 20 October 2015
PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
Resipi jagung lapis puding ini sungguh sedap dan berlemak. Lebih-lebih lagi bila dimakan sejuk bersama-sama buah-buah peach atau buahan koktail. Teksurnya lembut dan berlemak.
Monday, 19 October 2015
KARI HATI LEMBU
Pengemar kari patut cuba kari ni. Bosan dengan kari ayam @ daging cubalah buat kari hati lembut yang sedap ini. Resipi ini amat mudah dibuat dan sedap teramat.
POTATO CHUTNEY @ ALLO CHUTNEY
Selalunya kita makan capati, tosei atau roti canai dengan dalca @sambal aje. Tapi kali ini kita tambah lagi satu menu atau kita tak payah buat dalca,kita buat aje Potato Chutney. Sungguh sedap, pekat dan menyelerakan. Yummy.
SAMBAL UDANG BERTELUR
Melihat gambarnya sudah membuat Szen terliur. Apatah lagi bila dah rasa dan buat. Kombinasi telur yang berlemak dan udang yang manis membuat hidangan ini sungguh sedap.
Friday, 16 October 2015
DONUT RANGUP ROZIE
Donut bukan sahaja makanan kesukaan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Sekarang ini macam-macam rupa & rasa donut dijual. Ada yang sedap & ada yang tidak memenuhi citarasa. Tapi kalau asyik beli sahaja pun bosan juga. Sekali sekala cubalah buat sendiri donut. Jadi kali ini Szen ini berkongsi satu resepi dari sahabat Szen YM Puan Raja Rozela yang sentiasa suka memasak dan mencuba resipi baru.
SOTONG MASAK KUNYIT
Sotong masak kunyit ini memang kegemaran Szen sekeluarga. Cara memasaknya amat mudah dan tidak memerlukan pelbagai bahan. Mudah teramat. Rasanya pun sedap.
Thursday, 15 October 2015
JEMPUT-JEMPUT PISANG MAMA
Resepi kali ini dari sahabat Szen Puan Ramishah Senin yang mahir memasak. Beliau mempunyai kedai makan di Kluang, Johor. Namun resepi ini dicuba & dibuat oleh sahabat Szen yang satu lagi, YM Puan Raja Rozela Rasdi untuk dipamerkan diblog ini. Resepi ini agak berbeza dengan resepi yang ada diblog kerana ada campuran dua (2) tepung.
Wednesday, 14 October 2015
KERABU PEDAS KERANG TIMUN
Kadang-kadang tiada
selera hendak makan lauk pauk yang berkuah. Cuba resepi Kerabu Pedas Kerang
Timun pasti memikat selera. Hidangan yang ringkas tapi lengkap dengan protein
dan fiber.
Tuesday, 13 October 2015
MEE + KUEY TEOW GORENG
Mee campur Kuey Teow suatu kombinasi yang cukup serasi. Keserasian yang menimbulkan kesedapan bila merasainya. Sungguh sedap & sesuatu yang patut dirasai. Kadangkala kita asyik makan mee goreng, kuey teow goreng & meehoon goreng membuat kita muak.
AYAM MADU SORAYA
Selalu hidang Ayam Goreng, kali ini hidangkan Ayam Madu Soraya. Bukan sahaja enak sedap sehingga menjilat jari. Namun pasti menjadi salah satu hidangan yang pasti disukai keluarga.
Monday, 12 October 2015
CHEESEKUT @ KEK LAPIS KEJU
Fenoma CHEESEKUT
melanda. Baru-baru ini Sahabat Szen Puan Zuraidah mencadangkan resepi ini.
Katanya Anak Gadisnya buat dan sedap rasa. Amat mudah & tidak perlu bakar
Jadi Szen pun pi kat Cik Google untuk bandingkan resepi. Beberapa cara dan
resipi telah dicuba buat.
Friday, 9 October 2015
PUDING JAGUNG KUAH KOKTAIL
Tiba-tiba tekak Szen hendak makan puding jagung yang berkuah koktail. Szen sekeluarga kurang gemar puding tanpa kuah kecuali puding karamel. Nak kongsi rasa puding ini. Puding ini rasanya tidaklah manis. Manakala kuah koktailnya yang akan memanis puding ini. Amatlah seimbang. Puding ini memang kena dengan citarasa Szen yang sememangnya tidak suka memakan sesuatu yang terlalu manis
Thursday, 8 October 2015
BEGEDIL ROTI LIZA
Rupa-rupanya dengan
roti, macam-macam kita boleh buat. Jadi jangan dibazirkan sakit baki roti.
Kalau malas nak buat Talam @Puding buat aje cekodok roti. Cuba resipi sahabat Szen
Puan Lizarose Abdullah dan pasti laris bila dihidangkan sebab teramatlah sedap.
Wednesday, 7 October 2015
KEK KUKUS COKLAT MOIST
Kek Kukus Coklat Moist ini sungguh sedap, gebu dan tidak terlalu manis. Sesuai dengan selera Szen yang tidak suka kek coklat yang terlalu manis sehingga muak untuk memakannya berkali-kali.
Tuesday, 6 October 2015
PUDING CENDOL GULA MELAKA
Resepi
kali ini adalah kiriman sahabat Szen, YM Puan Raja Rozela Rasdi yang gemar
& terkenal akan kemahiran membuat pencuci mulut. Kata sahabat Szen ini pudding
ini sedap sesangat. Sekali cuba pasti hendak lagi.
Monday, 5 October 2015
KUAH ASSAM REBUS NENAS
Resepi kali ini Kuah
Assam Rebus Nenas dari Puan Lizarose Abdullah. Resepi yang ringkas tapi amatlah
sedap dan wangi. Tidak perlu ditumis. Rasanya yang masam-masam manis sesuai untuk mereka yang
inginkan yang sesuatu yang tidak berminyak dan sedap.
Friday, 2 October 2015
PUDING SEDUT
Puding Sedut rasanya sedap seakan 'Milkshake' tapi rasanya lebih lembut. Tidak terlampu banyak rasa susunya. Mudah pula buatannya. Szen ada kongsi dua resepi. Pasti menjadi kesukaan anak-anak termasuk suami.
BROWNIES MERAH SUTERA
Hari ini Szen kongsi
resepi brownies versi merah sutera. Biasa kalau ingat brownies mesti ingat
warna coklat gelap dan perasa coklat yang teramat manis. Resepi Brownies Merah
Sutera ini tidaklah terlalu manis dan terasa coklatnya menepati citarasa Szen yang tidak begitu menggemari sesuatu yang terlalu manis.
Thursday, 1 October 2015
KARI BEBOLA UDANG UMMPH
Pengemar kari patut
cuba resepi YM Raja Rozela Rasdi ini. Lain dari yang lain. Amat sedap dan harum
bau karinya. Ditambah dengan kemanisan bebola udang. Ada UMMPH!
Subscribe to:
Posts (Atom)