Rugilah kalau suka
makan tapi tidak tahu cara membuatnya. Szen pasti ramai yang suka makan Idili
@ Apam India. Cipta kelainan & kekaguman. Sahabat Szen, Puan Rozela Mohd
Rasdi dengan ikhlas berkongsi resepi cara-cara membuat Idili @Apam India.
Tidaklah sesusah mana pun. Semua orang boleh buat. Janji baca dulu arahan dan tips yang diberi oleh Puan Rozela. Terima Puan Rozela Mohd Rasdi. Jom cuba & sila ' SHARE' ~Sharizen Kitchen.
Tidaklah sesusah mana pun. Semua orang boleh buat. Janji baca dulu arahan dan tips yang diberi oleh Puan Rozela. Terima Puan Rozela Mohd Rasdi. Jom cuba & sila ' SHARE' ~Sharizen Kitchen.
RESEPI IDILI @ APAM INDIA
===================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:
1 cawan beras - dicuci &
direndam
1 cawan Ulundhu bulat @Urad Dhal
/ Dhal Putih ( Nota: Pastikan beli yang dhal yang berbentuk bulat @sebiji.
Jangan dibeli yangg sudah terbelah )- dicuci & direndam
1 senduk nasi
Sedikit Garam
1/2 cawan Air
Kain Cotton@ kapas - dipotong 4
segi sama
Kukusan Idli
CARANYA:
1.Rendam Beras dan Ulundhu
didalam mangkuk yg berasingan selama 6-8 jam atau semalaman.
2. Selepas rendam semalaman,
toskan Ulundhu dan Beras. Mula-mula kisar Ulundhu dgn 1/2 cawan Air hingga
halus.
3.Masukkan Beras pula, sekiranya
terlalu pekat tambah sedikit Air. Bila adunan campuran tadi sudah halus macam
tepung, masukkan Nasi dan blender lagi sehingga halus.
4. Kemudian tuangkan kedalam
bekas dan pastikan adunan Doh halus dan kecairannya lebih kurang mcm doh kek.
5. Biarkan adunan tepung naik
dalam masa lebih kurang 6-8jam lagi. Rupa doh seperti doh untuk membuat apam.
*** TIPS: Nota 1: Sekiranya ingin
makan waktu malam, rendam beras dan ulundhu sebelah malam dan kisar adunan
sebelah pagi dan perap doh sehingga waktu hendak masak iaitu makan malam. Nota
2: Kalau nak makan pada waktu pagi, rendam beras dan ulundhu di waktu pagi dan
proses yg sama seperti Nota 1.
CARANYA:
1. Panaskan kukusan Idili dan
masukkan sedikit garam kedalam adunan tepung.
2.Rendam kain cotton kedalam
mangkuk yg berisi air. Keluarkan kain dari mangkuk, lalu diperah dan disusun
kedalam acuan kukusan idili.
3. Gunakan senduk nasi dan
tuangkan adunan tepung kedalam acuan yg telah diletak kain dan kukus dalam masa
lebih kurang 5 min atau sehingga doh masak.
4. Keluarkan acuan idili. Angkat
kain dari acuan dan keluarkan idli dari kain. Sedia untuk dihidang. Enak
dimakan bersama dengan Potato Chutney ( resepi ada diberikan di Sharizen's
Kitchen), Kari Ayam@ kambing dan juga manisan seperti kelapa gula, serawa
durian dan sebagainya. Ikut kreativiti anda semua. Selamat mencuba ~ Sharizen's
Kitchen.
Mne nak cari loyang kukus idly ni ye?
ReplyDeleteKat kedai2 india ade jue
ReplyDeleteFebret anak tq sebab share resepi
ReplyDelete