Puteri Ayu Keju ini seakan-akan Kuih Seayu Keirah tapi agak berbeza kerana telah diubah dan diletakkan keju dan tiada kelapa. Jom cuba resepi daripada sahabat Szen, Puan Lizarose yang sedap dan lemak ini.
Jangan risau rasa kuih ini tidaklah muak tapi sedap. Terima kasih sahabatku, Liza atas kesudian berkongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.
PUTERI AYU KEJU
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Lizarose Abdullah)
BAHANNYA :
Bahan Untuk Puteri Ayu
2 biji Telur
1 cawan Gula kastor
2 cawan Tepung gandum
1 cawan Santan /Susu cair
1 sk Ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa
Bahan Cream Cheese :
250gm Cream cheese
80gm Gula kastor
25ml Air
20gm Tepung gandum
1 biji Telur
CARA-CARANYA :
PENYEDIAAN KEJU
Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer
hingga sebati... siap & ketepikan sebentar.
PENYEDIAAN PUTERI AYU
1. Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan
ovalet dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi
hingga sebati. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
3. Isikan cream cheese ke dalam acuan, kukus selama 2 minit, kemudian
letakkan adunan berwarna dan kukus lagi
lebih kurang 15 minit dengan api sederhana.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment