Sunday 20 September 2015

KEK KALER KUKUS


Kek Kaler Kukus ini bukan sahaja wangi, lembut, gebu tetapi amatlah sedap. Lemak manis namun tidaklah terlalu manis. Kek Kaler Kukus ini pasti menjadi perhatian bila dihidangkan. 


Mana tidaknya kek yang mempunyai pelbagai warna ini mampu menaikkan selera. Cubalah buat mudah aje. Jom cuba ~ Sharizen Kitchen.



KEK KALER KUKUS
=============
(Diubahsuai Oleh : Sharizen Kitchen)
( Resepi Asal : Chef Norzailina )


BAHANNYA :-

1 cawan Mentega @ 227gm Mentega Anchor
¾ cawan Gula Kastor
3 biji Telur
¼ cawan Susu Pekat
¼ cawan Serikaya

  cawan Tepung Gandum
1 sk Serbuk Penaik
1 sk Esen Vanila
3 sb Susu Segar
Sedikit Pewarna Merah Jambu, Hijau Atau Sebarang Pewarna Kegemaran

NOTA : Szen menggunakan 1½ Tepung Naik Sendiri sebagai gantian untuk Tepung Gandum & Serbuk Penaik)


CARANYA :-

1.    Pukul Mentega dan Gula Hingga Kembang.

2.    Masukkan Telur satu persatu dan pukul sebati.

3.    Masukkan Susu Pekat, Serikaya, Susu Segar dan Vanila. Kacau rata dan bubuh Tepung Gandum bercampur Serbuk Penaik.

4.    Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak Pewarna/Perisa setiap adunan.

5.    Sudukan selang seli kedalam adunan dalam Loyang yang sudah dilengser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.


TIPS : a. Boleh dibuat dalam bekas kecil & masa kukus lebih cepat.

 b. Untuk kek tahan lama, lap aluminium foil sebelum buka. Supaya air tidak masuk kedalam kek. Bila dibuka biarkan kek sejuk didalam kukus tanpa ditutup dengan tudung kukusan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...