Membuat Petai Jeruk ini
tidaklah sesusah mana. Hanya perlu di celurkan diair panas. Bila kulit sudah
lembut, mudah untuk keluarkan Petainya. Petai Jeruk ini boleh dibuat sambal
tumis , masak lemak dan sebagainya ikut
kreativiti anda semua.
Resepi ini olahan kakak saya, Hajjah Azizah yang mahir membuat jeruk petai ini. Terima kasih kakakku Hajjah Azizah yang dikasihi. Jom cuba & kongsi resepi ini – Sharizen Kitchen.
PETAI JERUK
==========
(Resipi : Hajjah Azizah Kassim)
( Oleh : Sharizen Kitchen)
( Oleh : Sharizen Kitchen)
Petai – ikut suka
Garam
Air secukupnya
Cili Padi -pilihan
CARANYA :-
1.
Didihkan air,
celurkan petai. Tapi jangan sampai lembut, cukup sekadar untuk mengeluarkan
isinya.
2.
Rendamkan ke
dalam air sejuk. Asingkan isi dari kulitnya dan cuci bersih.
3.
Gaulkan dengan
garam secukupnya, agak-agak biar masin sedikit. Masukkan ke dalam botol kaca,
tutup dan perap selama dua malam.
4.
Selepas itu,
masukkan asam gelugur dan air secukupnya. Selepas beberapa hari, bolehlah
dihidangkan bersama nasi dan lain-lain lauk pilihan.
NOTA : Pastikan Garam secukupnya dan air
mestilah melebehi Petai. Ini kerana garam menghalang petai menjadi busuk.
No comments:
Post a Comment