Tuesday 1 September 2015

PUDING KARAMEL TANPA TELUR


Kali ini pula admin mengetengah resepi kiriman sahabat admin Puan Rozela Mohd Rasdi, Puding Karamel yang tidak menggunakan telur. Sesuai untuk yang sedang berpantang telur, alahan telur dan yang mengamalkan diet sayuran.

Pudding Karamel ini amat lembut, gebu dan sedap walaupun tanpa telur. Rugi kalau tak cuba & Amat mudah. Terima kasih Puan Rozela. Jom cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.



RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR
===========================
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHAN2NYA:-

BAHAN UNTUK GULA HANGUS
1 cawan Gula Pasir

BAHAN B UNTUK PUDDING
1 paket @ 10gm Serbuk Agar-Agar
4 cawan Air
1/2 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Susu Pekat Manis
1 tin Susu Cair
3 sb Tepung Kastad
1 sk Esen Vanilla

CARANYA:-

A.   CARA UNTUK GULA HANGUS:

1.Untuk membuat gula hangus, taburkan gula kedalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang. Ketepikan.

2. Sekiranya ingin menggunakan acuan kecil, guna sudu kecil dan masukkan karamel kedlm acuan sebelum ia membeku. Ketepikan.

B. CARA UNTUK PUDDING :

1.    Satukan semua bahan B kedalam kuali kecuali tepung kastad.

2.    Didalam bekas yang lain, campurkan 3 sudu campuran bahan dari kuali dan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan kedalam kuali dan kacau sehingga sebati. Pastikan tepung kastad tidak berketul.

3.    Setelah mendidih, angkat adunan dan curahkan kedalam loyang yang berisi karamel tadi dan juga acuan kecil. Sejukkan didalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...