Sedap, Lemak, Manis itu
yang boleh dikatakan. Dua rasa yang berbeza bergabung menyebabkan tekak tidak
berhenti memakannya.
Memikat hati tetamu. Jom buat & silakan 'KONGSI'~Sharizen's Kitchen.
Memikat hati tetamu. Jom buat & silakan 'KONGSI'~Sharizen's Kitchen.
RESIPI TALAM PANDAN KASUI GULA MELAKA
=============================
( Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:
BAHAN LAPIS KASUI GULA MELAKA (A)
11/4 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Gula Pasir
3/4 cawan Air Gula Melaka
( Nota: Didihkan 250gm Gula
Melaka dan 1 cawan air. Sejukkan)
2 cawan Santan Cair
BAHAN LAPISAN PANDAN (B)
1/2 cawan Air Pandan (kisar 10 helai
Daun Pandan dengan 1/2 cawan Air biasa dan sukat untuk 1/2 cawan Air Pandan)
1 1/2 cawan Santan Pekat
3/4 Tepung Gandum
3/4 sudu kecil Garam
Kukusan
Loyang @ bekas 8 inci
CARANYA:-
1. Panaskan kukusan. Minyakkan
bekas dan lapiskan dengan plastik lembut atau clingfilm wrap. Dan sapukan
minyak diatas lapisan.
2. Campurkan Bahan A @ Lapis
Kasui Gula Melaka. Pukul rata dan tapis. Tuangkan kedalam bekas dan kukus
selama 20 minit diatas api sederhana.
3. Bila dah masak, ambil tisu
dapur dan tekap perlahan diatas kuih itu untuk buang air yang bertakung diatas
kuih tersebut. Cakar- cakar dan cucukkan dan tuang Lapis Pandan diatasnya.
4. Campur semua adunan Lapis
Santan dan pukul rata. Tapis dan tuang keatas Lapisan bawah @ Lapis Kasui Gula
Melaka.
5. Kukus selama 35 minit dibawah
api sederhana. Tutup air dan angkat kuih. Tekap perlahan kuih Talam itu dengan
tisu dapur untuk buang airnya. Biarkan sejuk baru dipotong. Selamat Mencuba ~
Sharizen's Kitchen.
No comments:
Post a Comment