Tuesday 29 September 2015

KUIH SIPUT SADUR GULA @ CHIPPI


Pertama kali nampak Kuih Siput Sadur Gula @ dikenali Chippi yang dibuat oleh sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi ini hati tertawan. Kuih ini bukan sahaja berwarna warni tetapi rasa kuih ini amatlah sedap lemak manis.


Boleh dimakan begitu sahaja tanpa disadur. Terima kasih sahabatku, YM Raja Rozela yang sentiasa menghidangkan pelbagai resepi yang menarik. Jom cuba & share ~ Sharizen Kitchen.



KUIH SIPUT SADUR GULA @ CHIPPI
========================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA:-

2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung ulunthu putih
2 cawan santan
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Pewarna merah dan hijau
Minyak untuk menggoreng

CARA :-

1.Sangai tepung beras dan tepung ulunthu putih.

2. Didihkan santan bersama garam. (Lebihkan garam sekiranya tidak mahu sadurkan kuih siput dengan gula).

3. Curahkan santan yg telah dididih keatas tepung yang sudah disangai dan gaul dengan senduk.

4. Apabila sudah terasa sejuk sedikit baru diuli dengan tangan. Setelah tepung sebati, bahagikan kepada 3 bahagian.

5. Titiskan pewarna merah kesatu bahagian tepung dan uli hingga sebati.

6. Kemudian titiskan pewarna hijau kesatu bahagian lagi dan uli hingga sebati.

7.Bulatan tepung kecil2 dan tekan pada acuan siput. Buat hingga habis.

8. Panaskan minyak didalam kuali dan goreng hingga kekuningan. Biarkan sejuk.


UNTUK MEMBUAT GULA SADURAN:-

1.    Masukkan 2 cawan air bersama kedalam kuali dan masak sehingga gula menjadi sirap yg pekat.

2.    Masukkan kuih siput tadi, tutup api dan kacau sehingga saduran gula sebati dengan kuih siput. Angkat dan sejukkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...