Memang Yummy ... Kek
Oren Lemon Gebu ini sungguh sedap & gebu. Makan sekali nak berkali-kali.
Jadi rebutan tetamu. Jadi Szen selalu buat dua adunan.
Resepi ini Szen dapat dari internet tapi disebabkan terlalu lama, sehingga tidak tahu siapa pemilik resepi ini. Mohon dihalalkan resepi ini. CUBALAH BUAT &
Dipersilakan 'SHARE'~ Sharizen Kitchen.
RESIPI KEK OREN LEMON GEBU
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen )
BAHANNYA :-
225gm Mentega, dilembutkan
2 cawan Gula Pasir
4 biji Telur Saiz A
Kulit Parutan Limau & Oren
(dari 2 biji Lemon + 2 biji Oren)
DIAYAK BERSAMA:-
3 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu kecil Serbuk Penaik
1/2 sudu kecil Soda Bikarbonate
1 sudu kecil Garam Halus
DICAMPURKAN BERSAMA:-
3/4 cawan Jus Perahan Lemon &
Oren ( 1 biji Lemon + 2 Biji Oren)
3/4 cawan Dadih @ Plain Yoghurt
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 biji Lemon
2 biji Oren Besar
Bekas Kek 8 × 4 inci @ ikut suka
BAHAN UNTUK ICING KILAT @GLACE:-
2 cawan Gula Icing
2 1/2 sudu besar Air Biasa
1 sudu besar Jus Perahan Oren
CARANYA:-
1. Panaskan oven pada 175 F / 350
Degree. Sapukan minyak dibekas dan alas bekas dengan kertas minyak.
2. Pukul Mentega dan Gula Pasir
sehingga kembang. Lepas itu masukkan Telur sebiji demi sebiji dan Parutan Oren
Lemon.
3. Lepas itu masukkan selang seli
adunan Tepung dengan adunan Dadih@Yoghurt. Kacau rata.
4. Masukkan bater itu kedalam
bekas dan bakar selama 25 - 30 minit. ( Nota: Setiap oven mempunyai kepanasan
yang berbeza.) Bila dicucuk keluar bersih. Ini bermakna kek dah siap dimasak.
Sejukkan.
5. Bila kek sejuk, pukul Bahan
Icing sehingga Kilat. Lalu di renyai-renyai keatas kek. Hidangkan bila Icing
dah keras. Selamat mencuba ~ Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment