Tuesday, 15 September 2015

KEK MENTEGA ASLI



Hari ini Szen paparkan resipi Kek Mentega Asli @ Pure Butter Cake. Untuk beginner ataupun yang tidak tahu membakar kek. Cuba buat resipi dari sahabat admin ni Puan Suriya Ismail. Resepi ini amat mudah dan tak banyak bahan. Rasanya amatlah sedap.
Cuba buat dan hidangkan kepada keluarga dan rakan taulan. Szen jamin mesti minta resepi punye. Terima kasih Puan Suriya. Jom cuba buat & KONGSI resepi ini ~ Sharizen's Kitchen.



RESEPI KEK MENTEGA ASLI @ PURE BUTTER CAKE
===============================
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-

250 gm Mentega - dilembutkan
3/4 cawan Gula Castor
1 3/4 cawan Tepung Naik Sendiri
4 biji Telor
1 camca besar Esen vanila


CARANYA:-
1. Panaskan oven 200C api bawah sahaja dan glis bekas pembakar

2. Pukul mentega dan gula sampai jadi putih gebu. Tepikan dulu.

3. Kemudian asingkan telur putih dan kuning. Masukkan kuning telur dalam adunan butter dan gula. Kacau dengan mesin pemukul kek pada tahap perlahan.

4. Pukul telor putih asing sampai jadi buih. Masukkan kedalam adunan Mentega Gula.

5. Kacau adunan guna senduk sampai sebati kemudian masuk kan tepung sedikit demi sedikit.

6. Tuang kan adunan dan bakar selama 30-40 minit atau bila dicucuk lidi keluar licin.

Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...