Siapa pernah cuba buat
Roti Batura? Siapa pernah menjamah Roti
Batura ini pasti terpikat dengan kelembutan dan kesedapan roti ini. Sebenarnya
Roti Batura ini seakan-akan Poori tetapi
amat berbeza. Roti Batura ini lembut walaupun ia telah sejuk.
Tidak liat dan
seakan-akan doh roti yang dibakar tetapi mempunyai ruangan kosong ditengah
Batura itu. Roti kesukaan Szen sekeluarga. Bila makan Roti Batura, Szen akan
pastikan ia dimakan bersama Keema, Sambal Udang Tomato, Kari Dalcha dan Kentang
Peas. Nikmatnya kesedapan tidak terhingga. Jom cuba dan Share resipi ini.
ROTI BATURA
=============
( Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA :-
400 gm Tepung Gandum
120ml Susu Cair
100gm Minyak Sapi @ Mentega
½ sk Garam
1 sb Yis Kering
3 sb Tairu @ Yoghurt biasa
½ sk Bacom A100 atau Bread
Improver
1 sk Serbuk Penaik
Minyak secukupnya untuk digoreng
CARANYA :-
1. Satukan kesemua bahan dan uli hingga rata. Kemudian
perapkan doh selama 30 minit.
2. Selepas itu, ambil secukup doh dan bulat-bulatkan.
Canaikan doh setebal ½ cm dalam bentuk bulat.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sekeping doh
tadi perlahan-lahan kedalam minyak panas itu.
4. Teruskan menggoreng hingga kekuningan dan masak.
5. Angkat dan toskan. Boleh dimakan dengan sebarang kari
atau dhal termasuk sayuran goreng dan keema. Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment