Saturday 26 September 2015

NASI ARAB AYAM PANGGANG


Nasi Arab Ayam Panggang yang lazat persis yang dijual direstoran. Lebih cepat dan mudah dari Nasi Ayam. Nampak sahaja macam susah sebenarnya tidak sama sekali.


Hanya perlu fahami resipi dan cara membuatnya. Jom buat. Dipersilakan 'SHARE' ~ Sharizen Kitchen.




RESIPI UNTUK NASI ARAB AYAM PANGGANG
==============================


1.RESIPI UNTUK SUP AYAM
========================

BAHANNYA:-
1 biji Tomato - dipotong 4
1 biji Bawang Besar Kuning - dipotong 4

3 biji Buah Pelaga
1 helai Daun Bay @ Bay Leaf
11/2 btg Kulit Kayu Manis
3 biji Cengkih

1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk Lada Hitam
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih

61/2 cawan Air - Untuk Direbus bersama Ayam ( Nota: sukatan air ikut berapa cawan beras digunakan. Contoh 1 cawan Beras Pertama - Airnya 2 cawan. Dan untuk cawan Beras kedua & seterusnya sukat 1 1/2 cawan air untuk setiap cawan beras seterusnya. Jadi kira ya.)


CARANYA:
1. Masukkan Air yg disukat dan rebus sehingga mendidih dlm periuk.

2. Bila Air mendidih masukkan Ayam, Bawang besar, Tomato, Daun Bay & Rempah-rempah tadi. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 30 minit. ( Nota: Jangan masak terlalu lama, Ayam akan mudah bercerai)

3. Keluarkan Ayam dan susun dalam bekas untuk dibakar.

4. Buang rempah2 lepas termasuk daun bay dari sup. Sup akan digunakan utk masak Nasi Arab.

5. Persiap untuk panggang Ayam dan masak Nasi Arabnya.



2.RESIPI UNTUK AYAM PANGGANG:-
=========================
BAHANNYA:-
Ayam yang telah direbus
1 sudu besar serbuk Safron ( pilihan)
1 sudu besar Pewarna Merah
Garam - ikut rasa
3 sudu besar Minyak Masak@ Olive Oil

CARANYA:
1. Panaskan oven pada kegunaan grill api atas kepanasan 200C.

2. Satukan bahan-bahan diatas dan sapu rata diatas ayam tadi. Bakar selama 20-30 minit. Dibalik-balikkan setiap 10 minit. Bila dah tiba masa yg ditetapkan. Keluarkan dari oven. Siap utk dimakan.



3.RESIPI UNTUK NASI ARAB:-
===============================

***SILA BACA TIPS INI*** - Sukatan air hendaklah ikut berapa cawan beras digunakan. Contoh 1 cawan Beras Pertama - Airnya 2 cawan. Dan untuk cawan Beras kedua & seterusnya sukat 1 1/2 cawan air untuk setiap cawan beras seterusnya. Jadi kira ya.)

BAHANNYA:-
5 cawan Beras Basmati -( Nota: pastikan ikut sukatan air, kalau air sup terkurang tambah dgn air panas.)

61/2 cawan Air Sup Ayam - (Nota: ikut sukatan Beras)

1 biji Bawang Besar Kuning - hiris halus
2 biji Cili Hijau - dipotong 4

2 biji Buah Pelaga
1 helai Daun Bay
11/2 btg Kulit Kayu Manis
2 biji Cengkih

1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk Lada Hitam
1/4 sudu kecil serbuk Jintan Putih
1/2 mangkuk kecil Minyak Untuk Menumis atau ikut suka sukatannya

Periuk untuk masak nasi @ rice cooker
1 sudu besar Koma-Koma @ Saffron - direndam dengan 1 sudu besar Air Panas.

CARANYA:
1.Panaskan periuk dan bila panas masukkan Minyak. Tumis bawang besar, cili hijau, daun bay dan rempah2 sehingga naik bau.

2.Masukkan air sup kedalam periuk itu dan garam. Bila dah didih masukkan beras. Masak seperti biasa.

3. Bila nasi 3/4 masak titiskan air safron tadi secara bentuk X.

4. Biarkan seketika bila nasi dah masak. Dikacau rata. Boleh letak Pewarna kuning utk tambahan.

5. Siap utk dimakan bersama Ayam Panggang.



4.RESIPI SOS CILI TOMATO ARAB
===========================
BAHANNYA:-
3 biji Tomato Masak Ranum
3 biji Cili Hijau
3 biji Bawang Putih
Garam
Sedikit Air

CARANYA:
1. Kisar bahan2 diatas dan masukkan garam. Siap.



4.RESIPI ZABADI @ JELATAH
========================

BAHANNYA:-
Yoghurt biasa @ Yoghurt Mangga
Timun - dipotong kecil ikut suka
Karot - dipotong kecil
Garam - ikut rasa

CARANYA:
Satukan semua bahan. Rasa dan simpan dlm petisejuk.


5. BAHAN SAMPINGAN
=================
Cili Hijau - potong 2
Bawang Besar - belah 4
Lemon @Limau Nipis - dipotong kecil ( pilihan)

Selamat mencuba~ Sharizen Kitchen.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...