Friday 11 September 2015

KUIH PUTERI SEAYU KEIRAH


Resepi kali ini memang patut dicuba. Bukan sahaja sedap, gebu dan lembut teramat. Tetapi amatlah mudah. Tak sampai 20 minit adunan dah siap. Hanya perlu dikukus. Szen dah 2 hari berturut-turut buat kuih Puteri Seayu Keirah ini.
Atas permintaan anak yang tak puas-puas makan kuih ini. Dari sebiji makan menjadi berbiji-biji. Gembira hati melihat kuih ini menjadi kegemaran keluarga dan sahabat andai. Jom cuba & KONGSI resepi ini. ~ Sharizen Kitchen



RESEPI KUIH PUTERI SEAYU KEIRAH
=========================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
( Anggaran 25 - 30 biji )

BAHAN2NYA:-
BAHAGIAN ATAS / TEPUNG
2 biji Telur
1 cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Ovellete

DIAYAK BERSAMA
2 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk Penaik @ Baking Powder

1 cawan Santan @ Susu Segar
1 sudu kecil Ovellete
1 sudu kecil Perisa Pandan
Pewarna Hijau & Perisa Pandan - sukatan ikut suka
Pewarna Pink & Perisa Ros- sukatan ikut suka

BAHAN BAHAGIAN BAWAH/KELAPA PARUT DIKACAU RATA:-
1 biji Kelapa Parut Putih
1 sudu besar Tepung Gandum
Secubit Garam

Acuan Puteri Ayu
Minyak untuk dileser
Kukusan

CARANYA

1. Panaskan kukusan. Dalam bekas lain gunakan mesin tangan pukul Telur sehingga kembang. Bila kembang masukkan Gula. Dan pukul lagi sehingga kembang.

2.Bila Gula dah kembang masukkan Ovellete dan pukul hingga sebati dan rata.

3. Bila adunan sudah sebati masukkan Santan @ Susu Segar dan AdunanTepung. Pukul lagi untuk ratakan.

4. Adunan boleh diletak Pewarna Hijau dan Perisa Pandan atau Pewarna Merah Jambu dan Perisa Ros. Pilihan ditangan anda.

5. Leserkan acuan dengan Minyak Masak. Dilarang guna Margerine @ Minyak kitar semula. Ia akan memasinkan kuih.

6. Ambil sesudu kecil Adunan Bawah/ Kelapa. Lalu dimampatkan atau ditekan kedalam acuan itu. Pastikan betul-betul mampat. Kalau tidak mampat, bila keluar kelapa akan berterabur.

7.Ambil sesudu besar Adunan Tepung tuangkan @ sudukan diatas adunan bawah/ kelapa.

8. Kukus selama 10 minit. Pastikan kukusan dah panas semasa kukusnya. Api biar besar.

9. Bila sudah 10 minit keluarkan kuih dari kukusan. Semasa kuih masih panas keluarkannya dari acuan dan letak dalam pinggan hidang.


Selamat Mencuba~ Sharizen's Kitchen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...