Saturday 26 September 2015

ROTI MONYET

Sahabat-sahabat baik suruh Szen buat roti. Kata mereka geli pula lihat kedai roti yang guna kaki itu. Jadi Szen pun buatlah ROTI MONYET @ Monkey Bread. Rasa ROTI MONYET macam Cinnamon Rolls.
Sedap, manis dan wangi. Mudah aje buatannya & baca serta lihat illustrasi gambar ya untuk lebih faham. Jom Buat.Dipersilakan 'SHARE'~ Sharizen's Kitchen.



RESIPI ROTI MONYET
===============
( Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi Asal : Brown Eye Baker )

BAHAN UNTUK DOHNYA:-
4 sudu besar Mentega@Margerin - (Nota: dibagi dua, 2 sudu besar Mentega lembut & 2 sudu besar Mentega Cair)

1 cawan Susu Suam
1/3 Air Suam
1/4 cawan Gula Pasir
1 peket Yis Segera
3 1/4 cawan Tepung Gandum
2 sudu kecil Garam

BAHAN UNTUK SALUTAN GULA:-
1 cawan Gula Perang
2 sudu kecil Serbuk Kulit Kayu Manis
8 sudu besar Mentega- dicairkan

BAHAN UNTUK GULA UNTUK GLAZE @ SAPUAN GULA
1 cawan Gula Icing
2 sudu besar Susu Segar

CARA BUAT ROTI MONYET
=======================
1. Sapukan bekas bakar dengan Mentega yang banyak.

2. Dalam bekas besar, campurkan Tepung, Mentega Lembut dan Garam. Ramas- ramaskan sehingga mentega sebati.

3. Buat lubang ditengah, masukkan Mentega Cair, Susu Suam, Gula, Air Suam, Gula Pasir dan Yis. Uli sehingga doh jadi lembut. Lebih kurang 10 minit sahaja.

4. Tutup dengan Clingfilm plastik dan biarkan peram selama 1 jam. Doh akan naik dua kali ganda. (Nota: Pastikan Doh Diperam Ditempat Berhawa Panas. Jangan Bawah Kipas, Nanti Doh Terbantut.)

5. Sementara menunggu doh naik buat Bahan Salutan Gula. Campurkan Gula Perang dan Serbuk Kulit Kayu Manis. Cairkan Mentega. Ketepikan.

6. Bila doh dan naik selepas 1 jam, keluarkan doh dan tepek-tepekan diatas dulang. Menjadikan ia sebesar 8 × 8 inci persegi.

7. Gunakan pisau dan potong doh kepada keping kecil. Boleh dapat dalam 64 keping atau ikut suka.

8. Bulat-bulatkan doh yang dipotong tadi dan digolekkan doh bulat itu satu persatu kedalam Mentega Cair.

9. Selepas itu, golekkan pula kedalam Gula bercampur Kulit Kayu Manis itu.

10. Masukkan kesemua bebola yang telah digolekkan mentega dan gula kayu manis kedalam satu bekas bakar. Tindihkan bebola doh sesama sendiri dalam bekas. (Nota: Pastikan ada lebihan 3 inci diantara doh dengan atas bekas. Ini kerana doh akan naik mengembang).

11. Bila semua doh dah dibuat, tutup dengan plastik Clingfilm diperam selama 1 jam atau lebih sehingga mengembang.

13. Selepas 1 jam atau doh kembang, panaskan oven pada 190C @ 350F. Bila oven panas bakar Roti Monyet selama 30- 35 minit, bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.

14. Bila Roti Monyet sejuk. Terbalikkan kedalam pinggan hidangan. Sementara itu campurkan kesemua Bahan Glace dan pukul sampai kilat. Renyai- renyaikan diatas Roti Monyet. Siap dihidang.

*** TIPS*** Pastikan Doh Diperam Ditempat Berhawa Panas. Jangan Bawah Kipas, Nanti Doh Terbantut.

Selamat Mencuba~ Sharizen's Kitchen.
Resipi ini telah diolah dan diubahsuai dari resipi asal Brown Eye Baker.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...