Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Tuesday, 17 November 2015

KERENGSENGAN JAWA


Kali ini Szen mengetengahkan masakan Jawa. Resipi Kerengsengan Jawa seakan macam daging kicap atau daging sambal hitam tapi percayalah rasanya tidak sama. Petis dan bawang goreng adalah bahan utama untuk masakan ini.

Monday, 9 November 2015

DAGING RUSA GORENG KUNYIT




Bagi Szen daging rusa ini lebih manis dan cepat empuk daripada daging lembu. Szen sekeluarga memang suka makan daging rusa dari daging lembu. Kadang-kala daging rusa ini Szen buat rendang daging atau pun buat dendeng. Memang sedap. Tapi kali ini tukar selera. Hasilnya terciptalah daging rusa goreng kunyit. Rasanya sedap teramat dan berkuah sedikit sebab suami suka yang basah-basah sedikit.

Thursday, 5 November 2015

DAGING MASAK LADA HITAM


Daging Masak Lada Hitam ini sesuai dimakan bersama-sama nasi panas dan atau bersama-sama nasi minyak. Rasanya yang pedas-pedas manis ini amat menyelerakan dan sedap dimakan. Sesuai juga dimakan oleh wanita berpantang yang memerlukan menu yang mampu memanaskan badan.

Thursday, 29 October 2015

SAMBAL DAGING BUJANG



Sambal Daging Bujang resepi kiriman sahabat Szen, Puan Norsita Abdul Hamid untuk dikongsi disini. Terima kasih sahabatku. Resepi ini sungguh unik kerana ia seakan-akan rasa paprik tetapi bukan paprik.

Saturday, 8 August 2015

LEMAK CILI PADI EKOR


Menu kesukaan Szen sekeluarga terutama suami tersayang Szen. Cara masakan yang sungguh mudah dan ringkas. Tidak memerlukan penumisan dan bawang.

Wednesday, 15 July 2015

RENDANG DAGING NEGERI


Siapa suka rendang tapi malas nak buat sebab remeh. Cuba Resipi Rendang Daging Negeri ini memang sedap dan enak. Tidak guna bawang langsung dan yang penting mudah aje.

Monday, 13 July 2015

DAGING PALEMBANG UNIK


Inginkan kelainan menu selain rendang, ketupat dan sebagainya. Boleh cuba resipi ini. Satu kelainan bila dihidangkan untuk tetamu. Resipi kali ini tidak perlu pergi kenegara seberang untuk mendapatkannya. Boleh dibuat sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...