Saturday 8 August 2015

LEMAK CILI PADI EKOR


Menu kesukaan Szen sekeluarga terutama suami tersayang Szen. Cara masakan yang sungguh mudah dan ringkas. Tidak memerlukan penumisan dan bawang.


Hanya bahan-bahan untuk mewangikan masakan ini. Cubalah pasti menjadi menu kesukaan keluarga. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


RESIPI MASAK LEMAK CILI PADI EKOR LEMBU
===============================
(Olahan : Sharizen Kassim)

BAHAN-BAHAN:-
1 kilo Ekor Lembu
20 biji Cili Padi ( campuran merah & hijau)
1 sudu besar Kunyit Serbuk
1 keping Asam Keping
1 kotak Santan Segera ( Santan ikut kepekatan & kelemakan suka)
2 Batang Serai ( boleh dititik @ dikisar )
2" Inci Halia ( dititik @ dikisar )
4 Daun Limau Purut
Kentang ( Ikut Suka Bilangan)
Garam & Gula ikut suka
Air Untuk Merebus Ekor Lembu

CARA-CARANYA :-
1. Kisar Cili Padi dan Kunyit Serbuk Bersama Air. ( Nota: Boleh sekali kisar serai dan halia).

2. Air kisaran tadi dan asam keping di masukkan kedalam periuk yang berisi ekor lembu. Renihkan sehingga ekor lembu lembut. (Nota: Air renihan jangan terlalu banyak. Takut cair. Bila air berkurangan masukkan air panas. Sekiranya ekor lembu masih keras.)

3. Bila ekor lembu dah lembut dan air juga berkurangan. Masukkan santan, kentang, garam dan gula. Kacau. Perlahankan api. Tutup bila kentang empuk.

Boleh dihidangkan dengan Nasi putih, sambal belacan tomato atau kerabu mangga. Selamat Mencuba.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...