Sunday 2 August 2015

APAM GEBU BLINK BLINK

Sahabat Szen YM Raja Rozela Raja Mohd Rasdi beri resepi ini untuk dicuba. Katanya sedap, gebu & rasanya seakan-akan kek. Jadi Szen pun cuba buat Apam Gebu Blink Blink dengan pelbagai cara.


Sememangnya sedap, lembut, gebu & kurang manis Apam Gebu Blink Blink ini. Bila diletak topping menjadi Apam ini sungguh sedap. Terima kasih sahabatku Rozela. Jom cuba kelainan pasti teruja & silakan KONGSI. ~ Sharizen Kitchen.



RESIPI APAM GEBU BLINK BLINK
=======================
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-
2 cawan Tepung Kek
1 cawan Tepung Gandum
4 biji Telur
2 cawan Gula Pasir
3/4 cawan Aiskrim Soda @ Sprite
1 sudu kecil Esen Ros
Coklat Masakan Untuk Topping
Badam @ Gula- Gula Taburan - untuk hiasan
Acuan Apam@ acuan muffin @ kertas minyak kon @ ikut suka. (NOTA: Acuan mestilah keras dan sekiranya guna kertas cupcakes pastikan dialaskan dengan bekas besi cupcakes.)


CARANYA:-
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.

2. Bila kembang dan putih masukkan tepung gandum dan tepung kek. Kacau rata.

3. Bila rata masukkan air aiskrim soda dan kacau sehingga sebati.

4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kesukaan.

5. Ambil sesudu adunan lalu diletakkan kedalam acuan. Sekiranya tidak mahu topping pastikan adunan diletak 3/4. Dan sekiranya ingin bubuh topping pastikan letak setengah sahaja. (Nota: Nak lagi senang gunakan Pipping bag. Mudah nak paipkan adunan).

6. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana agar apam tidak merekah. Sekiranya ingin bentuk merekah, kukus apam dengan api kepanasan.


7. Bila masak keluarkan apam dari kukusan dan sejukkan. Bila sejuk, cairkan coklat masakan dengan double boiler. Bila cair tuangkan keatas apam itu dan tabur badam bakar atau gula-gula taburan. ~Selamat mencuba.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...