Tuesday 4 August 2015

ASAM PEDAS WANGI


Terdapat pelbagai resipi dan cara membuat Asam Pedas mengikut negeri masing-masing. Memandangkan Szen orang Melaka/Selangor kebanyakan cara memasak Asam Pedas Wangi akan mengikuti cara memasak orang Melaka.

Namun resipi Asam Pedas Wangi ini adalah salah satu resipi Asam Pedas yang disimpan rapi oleh Szen. Jom cuba resipi ini. Asam Pedas Wangi ini sungguh sedap dan kuah wangi semerbak. Jom cuba & kongsi resipi ini. ~ Sharizen Kitchen.



ASAM PEDAS WANGI
===============
(Oleh : Sharizen Kitchen )

BAHAN-BAHAN A
- 3-4 Keping ikan Senangin @ ikan pilihan sendiri
- 1 sudu kecil asam jawa pes
- 1 keping asam keping
- 1 biji kecil tomato ( dipotong 4)
- garam gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- 2-3 cawan air atau mengikut kepekatan yang disukai

BAHAN-BAHAN B
- 7 sudu besar cili kering kisar
- 8 biji bawang merah
- 5 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 4 helai daun limau purut
- 1 tangkai daun ketumbar
- 1 batang bunga kantan
- 1 sudu kunyit serbuk

CARA-CARA MEMBUATNYA :-

1) Kisar bahan-bahan B.Panaskan minyak di kuali. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan B bersama gula pasir.

2) Bila campuran cili dah garing, masukkan asam pes,asam keping dan air. Biarkan kuah mendidih. Bila dah mendidih masukkan kepingan ikan dan garam secukup rasa. Perlahankan api.

3) Bila ikan dah masak bolehlah di hidangkan dengan nasi panas, ulam-ulaman berserta sambal belacan. Yummy.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...