Monday 31 August 2015

KERABU UDANG @ SOTONG


Bila cakap pasal kerabu mesti teringat kerabu yang berkelapa, berkerisik atau mangga. Kali ini sahabat Szen Puan Suriya Ismail ikhlas berkongsi resepi Kerabu Sotong & Udang yang khas dari Siam. Sedap rasanya masam manis sehingga menjilat pinggan.


Hehehe. Hidangkan kelainan kepada keluarga anda. Terima kasih sahabatku Suriya. Jom cuba & KONGSI ~ Sharizen Kitchen



RESIPI KERABU SOTONG & UDANG
==============================
(Oleh : Sharizen Kitchen )

BAHANNYA:-
500gm Sotong / Udang Basah
1 biji Tomato - dibelah 8
1 biji Bawang Besar - dihiris
Cili Padi -ikut suka kepedasan - dihiris
1 biji Cili Merah- dihiris

3 sudu besar Sos Ikan
4 sudu besar Air Limau Nipis
Garam Gula -ikut suka

CARANYA:-
1. Buang kulit Udang dan Sotong. Potong kecilkecil ikut suka.

2. Gaul dengan sedikit garam. Panaskan kuali dan kemudian panaskan Sotong/Udang diatas kuali sekejap sehingga Sotong dan Udang masak. Ketepikan.

3. Hiris Bawang Besar, Cili Padi dan Cili Merah dan Tomato dibelah lapan.

4. Dalam mangkuk masukkan Sos Ikan, Air Limau, Secubit Garam Gula dan gaul rata. Selepas itu masukkan kesemua bahan termasuk Sotong atau Udang dan gaul rata.

5. Rasa dan tambah perisanya ikut citarasa masing-masing.

*** TIPS:- AIR LIMAU NIPIS BOLEH DITUKAR DENGAN ASSAM JAWA***




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...