Selalu hidang Ayam Goreng, kali ini hidangkan Ayam Madu Soraya. Bukan sahaja enak sedap sehingga menjilat jari. Namun pasti menjadi salah satu hidangan yang pasti disukai keluarga.
Ayam Madu boleh makan macam tu aje atau makan dengan Nasi Ayam. Resepi yang sedap menjilat jari ini kiriman sahabat Szen Puan Soraya Salim. Terima kasih Puan Soraya. Jom cuba & KONGSI resipi ini. ~ Sharizen Kitchen.
RESEPI AYAM MADU SORAYA
=========================
(Resepi : Suraya Salim)
(Oleh : Sharizen Kitchen )
BAHANNYA:-
10 keping Kepak @ Peha Ayam
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam
5 ulas Bawang putih - dikisar @ ditumbuk halus
2 sudu besar Madu Lebah
Garam secukup rasa
DIMASAK BERSAMA:-
Cili Kisar - sukatan ikut suka pedas
Gula Merah - sukatan ikut suka manis
( Nota: Rasanya pedas manis)
CARANYA:
1. Bersihkan Ayam dan ketepikan.
2. Masak Cili Kisar dan Gula Merah sehingga gula cair dan campuran mendidih. Tutup api. Sejukkan sebentar.
3. Didalam bekas yang besar, masukkan Ayam, Adunan Cili GulaMerah, Madu dan Garam. Gaul rata. Perapkan selama 6 jam atau semalaman. Simpan didalam petiais. Lagi lama perap lagi sedap rasa ayam itu.
4. CARA GORENG: Panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan api sentiasa kecil. Ini kerana madu cepat hangus dan hitam.
5. Bila minyak panas, masukkan Ayam Madu. Sentiasa balik-balikkan dan pastikan tidak hitam atau hangus. Bila Ayam Madu dah masak, angkat dan tiris minyaknya. Siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment