Saturday, 24 October 2015

PUDDING JAGUNG SEDAP



Teringin nak buat puding tapi tidak tahu. Cuba resepi Puding Jagung Sedap ini. Pasti menjadi. Rasanya sedap & lembut.

Resepi ini disumbang oleh Sahabat baik SZEN, Puan Lizarose Abdullah. Terima kasih Puan Lizarose. Jom cuba & dipersilakan 'SHARE' ~ Sharizen Kitchen.




RESEPI PUDING JAGUNG SEDAP
============================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resipi : Lizarose Abdullah)

BAHANNYA:-
1 tin Jagung- jenis Creamy
1tin Susu Cair- Ideal
3 cawan Air - (Nota : kalau suka lembut guna 4 cawan Air)
1 1/2 cawan Gula Pasir
1 1/2 cwn Tepung Kastad

CARANYA:-
1. Bancuh Tepung Kastad dengan air sehingga sebati. Bila sudah sebati masukkan kesemua bahan2 lain dan kacau rata. (Nota: Pemilik resepi, kisar susu bersama jagung)

2. Bila rata masukkan kedalam kuali atau periuk @ kuali menggunakan api yg kecil.

3.Masak sehingga adunan kental dan berkilat. Lalu tuangkan ke dalam loyang atau acuan ikut suka hati.

4.Bila adunan telah sejuk masukkan kedalam peti ais. Sedap dihidang sejuk. Selamat Mencuba.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...