Friday, 23 October 2015

KEK SUGI ROZIE


Kek Sugi Rozie ini amat sedap, lembut dan gebu. Namun bila dimakan dua hari selepas dibakar ia menjadi semakin sedap. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya. Makin mesra rasanya. Kek ini juga tahan lama. Jadi amat sesuai untuk dibuat hantaran atau jamuan. 


Menurut YM Puan Raja Rozela Rasdi kek ini patut dicuba kerana ia amatlah sedap. Cepat habis bila dihidang kepada tetamu. Terima kasih sahabatku Rozie. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


KEK SUGI ROZIE
============
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA:-
250 gram mentega
170 gram tepung gandum
100 gram tepung suji
170 gram gula halus
4 biji telur gred A
2 sudu besar madu
100 ml susu segar
1 camca teh baking powder
2 camca teh esen vanila
Secubit garam

CARANYA:-

1. Tepung gandum digaul dengan baking powder dan diayak, kemudian campurkan tepung suji dan gaul rata.

2. Telur, susu dan esen vanila disatukan dan dipukul sehingga sebati. Ketepikan.

3. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur,susu dan esen vanila tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.

4. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan kedalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas dasar dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 45 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...