Rupa-rupanya dengan
roti, macam-macam kita boleh buat. Jadi jangan dibazirkan sakit baki roti.
Kalau malas nak buat Talam @Puding buat aje cekodok roti. Cuba resipi sahabat Szen
Puan Lizarose Abdullah dan pasti laris bila dihidangkan sebab teramatlah sedap.
Kalau nak lagi sedap cicah aje dengan sos cili. Perghh sedapnya. Terima kasih
Puan Lizarose yang sudi berkongsi resepi disini. Szen amat menghargainya. Jom
cuba buat & KONGSI resipi ini ~ Sharizen Kitchen.
RESEPI BEGEDIL @CEKODOK ROTI LIZA
==========================
( Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi: Lizarose Abdullah)
BAHAN2NYA:'
1 buku roti sandwich (klu blh
jenama "family"
1 biji telor
1 genggam udang kering (lbh
kurang rm 3 direndam)
1-2 biji cili merah
50 sen daun bawang
1/2 sudu kecil garam
Minyak utk menggoreng
CARANYA:-
1. Roti dicelup ke dalam air
sehingga kembang dan letak dalam mangkuk. (Lihat gambar) Jangan terlalu banyak
air takut adunan cair. Ketepikan.
2. Tumbuk udang kering sederhana
lumat.
3. Pukul telor di dalam bekas
lain sehingga kembang dgn menggunakan garfu. Masukkan 1/2 sudu kecil garam,
cili merah yang dihiris halus dan daun bawang yg dipotong sepanjang 1 inci.
Pukul lg sehingga adunan sebati.
4. Sesudah roti kembang ramas
roti hingga hancur. Masukkan adunan telor tadi. Gaul bersama roti sehingga
rata.
5. Panaskan minyak di dalam
kuali. Goreng hingga perang seperti membuat cekodok.
6. Sedap dimakan bersama sos
cili.
SELAMAT MENCUBA~
Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment