Tuesday, 6 October 2015

PUDING CENDOL GULA MELAKA



Resepi kali ini adalah kiriman sahabat Szen, YM Puan Raja Rozela Rasdi yang gemar & terkenal akan kemahiran membuat pencuci mulut. Kata sahabat Szen ini pudding ini sedap sesangat. Sekali cuba pasti hendak lagi.

Jangan risau setiap resipi yang dihidangkan disini pasti menjadi dan sedap. Terima kasih sahabatku YM Raja Rozela. Jom cuba Puding Cendol Gula Melaka ini. ~ Sharizen Kitchen.



PUDING CENDOL GULA MELAKA
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)


BAHANNYA
Agar-agar serbuk (10 gram)
5 cawan air
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 cawan cendol
1 cawan gula merah

Bekas


CARANYA :-

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air kedalam periuk dan masak sehingga mendidih. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

2. Ambil 2 bahagian dan masukkan semula kedalam periuk tadi. Masukkan cendol dan susu cair dan masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan kedalam acuan dan sejukkan.

3. Panaskan adunan yang selebih tadi dan masukkan gula merah. Masak sehingga mendidih dan tapis.

4.Masukkan adunan gula merah kedalam acuan yang berisi cendul yang telah disejukkan tadi.

5. Sejukkan lagi dan boleh  dipotong apabila sudah cukup keras dan sedia untuk dihidang.


Selamat Mencuba...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...