Wednesday, 7 October 2015

KEK KUKUS COKLAT MOIST





Kek Kukus Coklat Moist ini sungguh sedap, gebu dan tidak terlalu manis. Sesuai dengan selera Szen yang tidak suka kek coklat yang terlalu manis sehingga muak untuk memakannya berkali-kali.


Bagi Szen resepi ini patut dicuba & disimpan untuk anak cucu Szen. Kek Kukus Coklat Moist ini mendapat pujian ramai setiap kali dihidangkan Szen. Jom cuba buat untuk keluarga tersayang. 


KEK KUKUS COKLAT MOIST
========================
(Oleh : Sharizen Kitchen )
(Sumber : Victoria Bakes )

BAHANNYA :-

A. ADUNAN MENTEGA
180 gm Mentega
60 gm Gula Caster
60 gm Gula Perang
200 gm Susu Cair @ Evaporated Milk
1/2 sk Esen Vanilla


B. TELUR 
2 biji Telur - dipukul rata & kembang


C. ADUNAN TEPUNG
100 gm Tepung Gandum
50 gm Serbuk Koko
1 sk Serbuk Penaik @ Baking Powder
1/2 sk Soda Bikarbonate


TOPPING @ ISING COKLAT

100 gm Coklat Masak
100 gm Whipping Cream

Bekas 8 inci
Kukusan

CARANYA :-


Cairkan Adunan Mentega dan ketepikan untuk betul-betul sejuk.


Bila adunan mentega telah betul-betul sejuk. Masukkan telur yang telah dipukul rata dan kembang itu. Gaul rata.


Ayak adunan tepung sehingga sebati.


Masukkan adunan telur mentega kedalam adunan tepung. Kacau rata. ( abaikan tulis di foto itu ada kesilapan typo. Sepatutnya ditulis adunan telur mentega & adunan tepung).


Bila adunan telah bercampur sebati. Tuang kedalam bekas kek untuk dikukus.


Sediakan kukusan. Sebelum kek dikukus pastikan bekas acuan ditutupi longgar dengan aluminium foil. Ini untuk memastikan air tidak akan menitis pada adunan kek. Air akan merosakkan adunan kek. Kukus selama 50 minit diatas dibawah api sederhana. Sila pastikan kukusan betul-betul panas sebelum dikukus kek coklat itu.


Bila kek telah dikukus selama 50 minit. Tutup api dan buka tudung kukusan. Biarkan sepuluh minit. Selepas itu dilapkan aluminium foil itu untuk menghilangkan air-air yang bertakung diatas aluminium foil tersebut. Bila sudah dilapkan aluminium foil itu, bukakan ia dan biarkan kek berada dikukusan tanpa ditutup sehingga sejuk. Ini akan memastikan kek coklat tidak mudah basi & tahan lama. Kek harus sejuk sebelum dituang topping atau isingnya.


UNTUK MEMBUAT TOPPING@ ISING :-
Campurkan kedua-dua bahan i.e Coklat masak dan Whipping Cream didalam periuk. Dan dimasak gunakan teknik double boiler atau dalam kata lain, diletakkan periuk diatas periuk  lain yang mengandungi separuh penuh air mendidih.  Kacau rata sehingga coklat telah cair. Angkat dan kacau sehingga sebati dan kilat.

Tuang perlahan-lahan keatas kek yang telah sejuk tadi. Boleh dihias ikut suka. Samada ditabur kepingan gula atau sebagainya. Sudah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ~ Sharizen Kitchen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...