Friday, 30 October 2015

ROTI KEJU BRAZILIAN



Roti yang tengah popular sekarang ini. Roti Keju Brazilian kiriman sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi untuk dicuba. Menurut Rozie, resipi ini amat mudah dan ringkas sahaja buatannya. Ia hanya perlu dikisar menggunakan pengkisar @ blender kesemua bahan-bahannya. Amatlah mudah teramat.

Adunan ini boleh disimpan didalam petiais selama tiga hari. Bila lapang bolehlah dibakar untuk hidangan sarapan. Setelah dicuba, roti ini rasanya  amatlah enak, berlemak, lembut dan gebu. Tidak muak dan boleh dimakan bersama jem. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.




ROTI KEJU BRAZILIAN
================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
( Resepi Kiriman : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA :-

1 biji Telur
1 cawan Susu Segar
½ cawan Minyak Sayuran
5 oz @ 1 ¼  cawan Parutan Keju  - Cheddar/Parmesan/Pecorino
¼ sb Serbuk Penaik
1 sk Garam
1 ½ cawan Tepung Ubi @ Tepung Kanji ( Nota: Boleh ganti dengan ¾ cawan Tepung Jagung )

Serbuk Oregano - pilihan

CARANYA :-

1.Panaskan oven 190C selama 10-15 minit.

2. Kisar telur, susu segar dan minyak didalam blender. Kisar rata.

3. Selepas itu, masukkan keju dan kisar lagi sehingga rata.

4. Seterusnya masukkan serbuk penaik dan garam. Kisar lagi.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Kisar sampai mesra.

6. Gris acuan muffin atau acuan kecil dan tuang adunan. Boleh ditabur oregano (kalau hendak, kalau tidak hendak tak apa. Rasanya tetap sedap).

7. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit atau sehingga masak. Permukaan kelihatan sudah kekuningan coklat. Kepantasan memasak bergantung kepada oven masing-masing.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...