Sotong masak kunyit ini memang kegemaran Szen sekeluarga. Cara memasaknya amat mudah dan tidak memerlukan pelbagai bahan. Mudah teramat. Rasanya pun sedap.
Sesuai dihidangkan kepada yang tidak makan pedas. Kalau ingin lebih pedas hiriskan sahaja cili padi sebanyak yang disukai. Pasti pedas. Jom cuba buat & kongsi resepi ini.
SOTONG MASAK KUNYIT
================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA :-
KESEMUANYA DIGAUL RATA
300gm Sotong Basah
3/4 camca besar kunyit serbuk
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat
dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 keping Assam keping
Garam & Gula secukup rasa
Minyak secukupnya
1. Sotong dibersihkan, kemudian hiris bentuk gegelang, cuci
dan toskan.
2. Kesemua bahan diatas digaul rata dan biarkan @ perap selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, masukkan bahan-bahan yang telah diperap itu kedalam kuali.
4. Gaul sehingga rata. Dan bila sotong sudah bertukar warna dan masak, tutupkan api. Hidangkan bersama nasi putih, asam pedas & sambal belacan.
No comments:
Post a Comment