Monday, 26 October 2015

SOSEJ BERSOS CILI



Resepi hari ini amat ringkas tapi cukup menyelerakan tekak. Satu lauk sudah mempunyai berbagai rasa dan khasiat. Pembuka selera bila dihidangkan bersama lauk pauk.
Jom cuba resepi yang dikongsi oleh YM Raja Rozela Mohd Rasdi. Mesti anak suami teruja melihatnya. Terima kasih Puan Rozela. Jom cuba & KONGSI resepi ini ~Sharizen Kitchen.



RESIPI SOSEJ MASAK CILI BERSOS
==============================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resipi: YM Raja Rozela Mohd Rasdi)

BAHANNYA:-
6 batang Sosej Ayam- jenama Ayamas
1/2 cawan Ikan Bilis @ ikut suka(cuci dan toskan airnya) 
2 biji Bawang Besar - dihiris
2 batang Cili Hijau - dipotong serong
1 sudu besar Cili Giling
1/2 cawan Sos Cili
1/4 cawan Air
Minyak untuk menggoreng
2 sudu Minyak untuk menumis

CARANYA:-
1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
Potong serong sosej dan goreng hingga cukup masak. 

2. Angkat dan toskan minyak. Goreng ikan bilis pula, bila sudah garing angkat dan toskan. Minyak yang sama juga goreng bawang dan cili. Sebentar sahaja. Angkat dan toskan.

3.Dikuali yang lain, letak 2 sudu minyak pada api yg kecil, masukkan cili giling dan air. Kacau sehingga air kering dan kemudian masukkan cili sos. Kacau sebentar dan masukkan semua bahan yang telah digoreng tadi kacau hingga sebati.

4.Angkat dan sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba ~ Sharizen's Kitchen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...