Sambal Daging Bujang resepi kiriman sahabat Szen, Puan Norsita Abdul Hamid untuk dikongsi disini. Terima kasih sahabatku. Resepi ini sungguh unik kerana ia seakan-akan rasa paprik tetapi bukan paprik.
Dan rasanya seakan-akan kicap tapi bukan juga masak kicap. Rasanya amat unik kerana mempunyai pelbagai rasa manis, pedas,masam dan masin. Jom cuba & kongsi resepi ini. ~ Sharizen Kitchen.
Dan rasanya seakan-akan kicap tapi bukan juga masak kicap. Rasanya amat unik kerana mempunyai pelbagai rasa manis, pedas,masam dan masin. Jom cuba & kongsi resepi ini. ~ Sharizen Kitchen.
SAMBAL DAGING BUJANG
=================
BAHAN-BAHANNYA:-
1 kg daging batang pinang (potong nipis)
BAHAN A (KISAR HALUS) :-
Cili merah @ cili kering 20 tangkai
Bwg putih 3 ulas
Bwg besar 2 biji
Halia 1 1/2 inci
BAHAN B :-
1 senduk nasi cili sos
1 senduk nasi tomato sos
1 senduk nasi sos tiram
2 sudu makan madu lebah
1 sudu makan kicap pekat
Minyak untuk tumis bhn A
CARA:-
1. Panaskan kuali dan bila kuali panas, masukkan minyak. Tumis bahan A hingga garing. Bila garing masukkan Bahan-bahan B kecuali kicap pekat.
2. Goreng dan sentiasa kacau sampai mesra dan garing.
3. Bila sudah garing, masukkan daging dan kacau lagi sehingga mesra. Sekiranya daging tidak empuk tapi kuat sudah pekat, masukkan air panas sedikit untuk mengempukkan daging tersebut.
4. Bila daging sudah empuk baru masukkan kicap pekat dan kacau rata. Tutup api dan hidangkan dengan Nasi panas. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment