Wednesday, 21 October 2015

BESENGEK AYAM



Besengek Ayam.. Siapa yang pernah dengar dan rasa resipi ini? Kalau tak pernah rasa dan makan, rugi teramat. Rasanya seakan-akan rendang tetapi bukan rendang.

Sedap teramat. Cara buatannya pun mudah teramat.Boleh dimakan dengan Nasi Putih dan/atau Pulut. Jom cuba & KONGSI resepi ini. ~ Sharizen's Kitchen.









RESIPI BESENGEK AYAM
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resipi : Betty Endah Warni)

BAHANNYA:-
1 ekor Ayam - dipotong ikut suka

BAHAN DIKISAR BERSAMA
15 biji Cili Merah 
10 biji Bawang Merah 
6 biji Bawang Putih
3 sudu makan Serbuk Ketumbar
1 sudu makan Jintan Putih
8 biji Buah Keras
3 cm Kunyit Hidup

BAHAN DITITIK
2 batang Serai
3 cm Lengkuas

200 ml Santan
1 keping Asam Gelugur @ 1 biji Tomato
8 helai Daun Limau Purut
5 helai Daun Salam / Bay Leaf 
1 helai Daun Kunyit 
3 sudu besar Gula Merah @ Gula Melaka
Garam ikut suka

CARANYA :-
1. Masukkan Ayam, Bahan-Bahan Kisar, Bahan Titik, Asam Gelugur, Daun Limau Purut, Daun Salam, Daun Kunyit, Gula Merah dan Garam kedalam periuk atau kuali.

2. Bila ayam setengah masak, masukkan santan dan kecilkan api. Renihkan sampai kuah pekat sedikit dan ayam telah masak.

3. Bila kuah pekat dan ayam sudah masak. Tutup api. Boleh dihidangkan bersama Nasi Putih bersama Sambal Belacan. 

4. Selamat Mencuba ~ Sharizen's Kitchen.

Resepi ini telah diolah oleh Sharizen's Kitchen dari resepi asal Betty Endah Warni.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...